Harian Metro

BUDAK PATUNG VOODOO

- Daily Mail

Seorang budak perempuan berusia tiga tahun maut selepas digunakan sebagai ‘patung voodoo’ oleh majikan ibunya yang mempercaya­i amalan sihir.

Kanak-kanak yang turut didera secara seksual itu dibawa ke hospital di Kolkata dalam keadaan kritikal pada 15 Julai lalu.

Doktor menemui pelbagai kesan kecederaan dalaman termasuk di kemaluanny­a, lapor India Today.

“Kami menemui sehingga tujuh jarum terbenam di dalam badan mangsa.

“Malangnya, semua jarum berkenaan tidak dapat terus dikeluarka­n kerana dibimbangi lebih memudaratk­an mangsa. Jadi pada mulanya kami cuma mampu meletakkan­nya dalam pemerhatia­n” kata hospital terbabit dalam satu kenyataan.

Penderaan teruk terhadap kanak-kanak itu terdedah selepas ibunya membawanya ke Kolej Perubatan Bankura kerana demam panas.

 Budak tiga tahun mati didera teruk majikan ibu yang amalkan ilmu hitam

Doktor mendapati kanak-kanak itu didera teruk sebelum menemui jarum yang dibenamkan ke dalam badannya. Kecederaan pada kemaluan mangsa juga diakibatka­n penggunaan jarum.

Susulan itu, majikan ibunya, Sanatan Thakur, 50-an, kini diburu dan polis berkata, dia dipercayai mengamalka­n sihir.

Ibu mangsa diupah bekerja sebagai pembantu rumah Thakur yang seterusnya menggunaka­n kanak-kanak berkenaan sebagai ‘patung voodoo’ untuk amalan hitamnya.

Susulan itu, doktor melakukan pembedahan untuk mengeluark­an jarum berkenaan dari badan mangsa pada 18 Julai lalu.

Malangnya, kanak-kanak itu meninggal dunia semalam akibat sepsis dan radang paru-paru.

 ??  ?? jarum menunjukka­n IMBASAN x-ray Mail
mangsa. - Daily di dalam badan
jarum menunjukka­n IMBASAN x-ray Mail mangsa. - Daily di dalam badan
 ??  ?? JARUM yang ditemui di dalam badan mangsa.
- Daily Mail
JARUM yang ditemui di dalam badan mangsa. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia