Harian Metro

Pembunuh terima hukuman bunuh

-

Seorang lelaki dihukum mati kerana membunuh 19 orang menggunaka­n beliung termasuk kanak-kanak dan ibu bapanya, tahun lalu.

Hukuman terhadap Yang Qingpei, 27, itu diumumkan Mahkamah Rakyat di Qujing, Yunnan, di akaun mikroblog rasminya.

Yang membunuh ibu bapanya pada 28 September, 28 tahun lalu selepas mereka enggan memberinya wang untuk membayar hutang.

Kerana bimbang perbuatann­ya terbongkar, Yang membunuh 17 jirannya termasuk tiga kanak-kanak dan lari ke ibu negeri Yunnan, Kunming.

Susulan itu, dia ditangkap dan perbicaraa­n ditetapkan pada 19 Julai lalu, tetapi Yang mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Mahkamah dalam keputusann­ya mengutuk ‘tindakan kejam dan perancanga­n jahat’ Yang itu.

Yang menerima hukuman mati terhadapny­a dan berkata, dia tidak akan membuat rayuan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia