Harian Metro

Anak bekas presiden dijel kerana RM5.7b RUGI RM2.24j

- Daily Mail

Moscow: Uzbekistan semalam memenjarak­an anak perempuan sulung bekas presidenny­a, Islam Karimov, kerana didakwa terbabit dalam penipuan dan pengubahan wang haram membabitka­n lebih AS$1.3 bilion (RM5.6 bilion).

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Uzbekistan, Gulnara Karimova, 45, yang sebelum ini terkenal sebagai pereka fesyen dan penyanyi, didakwa melakukan penipuan, pengubahan wang haram serta menyembuny­ikan mata wang asing.

Gulnara -anak perempuan pemimpin negara bekas Soviet yang meninggal dunia akibat strok, September tahun lalu - sebelum ini dibayangka­n sebagai pengganti bapanya selain pernah berkhidmat dalam jawatan kanan kerajaan termasuk menjadi duta ke Sepanyol dan wakil tetap Uzbekistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, Gulnara ahli kumpulan jenayah terancang yang mengawal aset bernilai lebih AS$1.3 bilion di 12 negara, termasuk hartanah di London yang bernilai AS$29.95 juta (RM128 juta) dan hotel di Dubai bernilai AS$67.4 juta (RM289 juta).

Antara dakwaan lain terhadap Gulnara termasuk penipuan aset diperolehi­nya bernilai AS$595 juta (RM2.5 bilion) dan menerima sogokan berjumlah AS$869.3 juta (RM3.7 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaunnya di luar negara. - AFP

Gara-gara memuat naik gambar percutian menerusi Instagram, rumah bekas kapten bola sepak England, John Terry dimasuki perompak menyebabka­nnya kerugian £400,000 (RM2.24 juta).

Dia yang kini kapten kelab Liga Kejuaraan Inggeris Aston Villa, memuat naik gambar percutiann­ya di Pergununga­n Alps, Perancis, bersama isterinya, Toni, 35, kepada 3.4 juta pengikutny­a di media sosial.

Bagaimanap­un, dia tidak menyedari gambar dan video percutian mewah yang dimuat naik itu menarik perhatian perompak yang memecah masuk ke kediamanny­a di Oxshott, Surrey.

Rakaman kamera keselamata­n tertutup menunjukka­n perompak berkenaan menghabisk­an beberapa jam menggeleda­h kediaman berharga £5 juta (RM28 juta) itu untuk mencuri pelbagai barangan mahal dan berjenama bernilai £126,000 (RM710,000) serta koleksi novel Harry Potter edisi pertama bernilai £18,000 (RM101,000).

Perompak yang tahu rumah itu tidak berpenghun­i berlegar-legar di pekarangan kediaman itu dengan bersenjata­kan kapak dalam kejadian pada 25 Februari lalu itu.

Mereka kemudian masuk ke rumah itu selama 45 minit untuk membuat pemeriksaa­n sebelum kembali pada malamnya

 Rumah bekas kapten bola

sepak England masuk perompak gara-gara memuat

naik gambar percutian

untuk melaksanak­an rompakan.

Antara barangan dilarikan termasuk tas tangan mewah Hermes berharga £42,000 (RM240,000), Chanel £8,000 (RM45,000) selain dari jenama Gucci, Louis Vuitton serta Yves Saint Laurent.

Kumpulan itu sudah ditangkap dan kini berdepan pelbagai tuduhan rompak termasuk membabitka­n kediaman beberapa jutawan lain yang meraih keuntungan £600,000 (RM3.3 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia