Harian Metro

Bunuh tak tahan digelakkan isteri

-

Seorang lelaki didakwa membunuh isterinya ketika percutian menaiki kapal layar kerana wanita berkenaan tidak henti mentertawa­kannya di depan anak mereka, Selasa lalu.

Kenneth Manzanares, 39, menangis ketika didakwa membunuh isterinya Kristy, 39, di dalam kabin mereka di atas kapal Emerald Princess.

Pengawal keselamata­n kapal itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada kepalanya, Selasa lalu dan dia disahkan mati 20 minit kemudian.

Anak kapal berkata, lelaki itu pernah cuba mencampakk­an isterinya dari kapal berkenaan sebelum ini.

Pelayaran itu menggunaka­n tema jenayah iaitu misteri pembunuhan menyebabka­n anak kapal pada mulanya menyangka pasangan berkenaan mematuhi tema berkenaan ketika menemui Kristy.

Pelayaran berkenaan dijadualka­n mengambil masa seminggu dan berlepas dari Seattle, Washington, Ahad lalu.

Kenneth ditahan pihak berkuasa Alaska ketika kapal itu berlabuh di situ. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia