Harian Metro

Saudi tembak jatuh peluru sasar Makkah

-

Riyadh: Tentera Arab Saudi menembak jatuh peluru berpandu balistik dilepaskan pemberonta­k Houthi di Yaman yang menyasarka­n kota suci Makkah, kelmarin.

Tentera udara menjatuhka­n peluru berpandu itu di Wasaliyah, Taif, 69 kilometer dari Makkah, tanpa kerosakan atau kecederaan dilaporkan, kata agensi berita Arab Saudi, SPA.

Menurut tentera, pelancaran peluru berpandu itu ‘usaha sia-sia untuk menggagalk­an ibadah haji,’ bulan depan.

Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mendakwa kekangan kawalan di bandar pelabuhan Hodeidah serta penyalahgu­naan permit untuk penghantar­an bantuan antara punca peluru berpandu masih dapat diseludup masuk ke Yaman.

Sementara itu, Houthi yang disokong Iran dan militia yang setia dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh berkata melalui agensi berita rasminya bahawa peluru berpandu Burkan-1 dilepaskan ke arah Arab Saudi, tetapi mendakwa ia menyasarka­n pangkalan udara Raja Fahd di Taif. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia