Harian Metro

48KM PENUH CABARAN

- Mohd Hafizee Mohd Arop & Nor Raidah Awang sukan@hmetro.com.my

 1,200 peserta tempatan, luar negara

mula saingan tawan Bukit Merah

Bukit Merah

Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 di Bukit Merah Laketown Resort secara rasmi membuka tirai apabila 1,200 pelumba tempatan dan luar negara memulakan saingan hari ini. Bukit Merah: Rata-rata peserta yang menyertai kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 di Bukit Merah Laketown Resort di sini, hari ini, sudah tidak sabar untuk membuktika­n kemampuan masing-masing.

Mat Yusof Che Hat, 37, dari Patani, Thailand, berkata, dia sudah bersedia untuk memulakan kayuhan selepas berusaha keras melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal.

Katanya, penyertaan keduanya dalam kejohanan anjuran akhbar ini agak berbeza, justeru mendorongn­ya meletakkan misi peribadi untuk menaiki podium selepas menamatkan saingan di tempat keempat sebelum ini.

“Kali ini pasti berbeza kerana peserta lain sudah melakukan persiapan rapi dan saya menjangkak­an saingan sengit daripada kesemua pelumba. Tapi, saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik,” katanya yang menyertai kategori Lelaki Junior Master.

Peserta kategori Lelaki Junior Mohd Amirul Jaafar, 17, berkata, dia berdebar kerana pertama kali menyertai kejohanan itu dan hanya meletakkan sasaran menamatkan saingan.

“Saya baru membabitka­n diri dalam aktiviti berbasikal awal tahun ini. Bila melihat semangat ditunjukka­n peserta yang menyertai sukan itu, ia sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk memberikan aksi terbaik,” katanya yang berasal dari Bagan Serai.

Peserta kategori Lelaki Senior Master, Muhamad Nor Ali, 65, pula berkata, usia bukan penghalang untuk menyertai pertanding­an lasak kerana yakin dengan kemampuan

Kejohanan siri pertama itu sememangny­a ditunggu pelumba basikal di seluruh tanah air terutama di kawasan utara kerana menyediaka­n cabaran untuk menguji kemampuan dan kemahiran individu mahupun berpasukan.

Bahang saingan mula dirasai sejak semalam apabila peserta mula mendaftar di kaunter pendaftara­n dan mengambil beg cenderahat­i di Dewan Sepat, bermula jam 3 petang hingga 10 malam tadi.

Pengerusi Kejohanan merangkap Pengarang Bersekutu (Rencana) Harian Metro Husain Jahit berkata, kejohanan itu bakal memberi cabaran kerana menyediaka­n laluan agak panjang yang bukan saja terbuka, malah berbukit.

“Laluan kali ini pasti menarik dengan pemandanga­n indah suasana perkampung­an, tasik dan sawah padi.

“Laluan sejauh 48 kilometer itu menyediaka­n pelbagai bentuk halangan untuk dilalui peserta, sekali gus menguji daya ketahanan fizikal, mental serta kemahiran teknikal berbasikal lasak, ditambah pula laluan pasti lebih mencabar jika hujan,” katanya semalam.

Husain berkata, semua persiapan pentas utama, khemah serta gerai dan tempat pelepasan di perkaranga­n Bukit Merah sudah siap, malah keadaan trek juga berada dalam keadaan baik.

“Saya harap pertanding­an ini dapat memupuk semangat kesukanan tinggi, selain merapatkan hubungan dalam kalangan peserta,” katanya.

Lima kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki Junior (19 tahun ke bawah), Terbuka Lelaki (20 hingga 35 tahun), Lelaki Junior Master (36 hingga 44 tahun), Lelaki Senior Master (45 tahun ke atas) dan Terbuka Wanita.

Kejohanan kali ini turut mendapat kerjasama Affin Bank Group, Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd dan Bukit Merah Laketown Resort.

Saingan kali ini turut diserikan dengan kehadiran 26 peserta antarabang­sa kali ini termasuk dari Perancis, Jerman, Singapura dan Thailand.

 ??  ?? HUSAIN harap peserta pamer semangat kesukanan tinggi.
HUSAIN harap peserta pamer semangat kesukanan tinggi.
 ??  ?? HANG Soon
HANG Soon
 ??  ?? MUHAMAD Nor (kanan) mengambil cenderahat­i selepas membuat pendaftara­n.
MUHAMAD Nor (kanan) mengambil cenderahat­i selepas membuat pendaftara­n.
 ??  ?? AMIRUL
AMIRUL
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia