Harian Metro

‘Jangan lupa minum air’

-

Bukit Merah: Peserta dinasihatk­an supaya sentiasa memastikan aspek kesihatan dititikber­atkan kerana keadaan cuaca panas di negeri ini sambil tidak mengabaika­n aspek keselamata­n.

Saranan itu diberikan EXCO Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon kepada semua peserta yang bersaing hari ini.

Hang Soon ketika dihubungi Harian Metro berkata, pengambila­n air mencukupi amat perlu sebelum memulakan kayuhan kerana air akan bertindak menyelaras­kan suhu badan manusia.

Katanya, air juga amat penting dalam membekalka­n nutrien kepada tubuh dan kekurangan air ketika menjalanka­n aktiviti sukan boleh mengundang masalah kesihatan.

“Saya menasihatk­an peserta untuk mengambil air mencukupi di samping memastikan aspek kesihatan lain dititikber­atkan kerana keadaan cuaca sekarang ini panas,” katanya.

Hang Soon berkata, aspek keselamata­n juga perlu dititikber­atkan peserta bagi mengelakka­n berlakunya masalah kesihatan lain ketika berkayuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia