Harian Metro

‘KAMI MAHU DIA KEKAL’

- Agensi

Ivan Rakitic berkata, pemain Barcelona faham dengan dilema yang sedang dialami Neymar dan sedia menghormat­i apa saja keputusan dibuat bintang Brazil itu berhubung masa depannya.

Sumber memberitah­u ESPN FC bahawa Neymar menerima tawaran lumayan untuk bermain di Paris Saint-Germain dan awal minggu ini, Gerard Pique mengesahka­n pemain Barca sedang cuba memujuknya supaya tidak berpindah.

Ketika ini, Neymar masih bersama kelab Catalan itu di Amerika Syarikat dan dia sudah meledak tiga gol ketika menentang Juventus serta Manchester United.

“Ya,” kata Rakitic kepada wartawan di Universiti Barry di Miami ketika ditanya sama ada dia faham dengan kedudukan Neymar. “Ia keputusan yang sukar dan kami semua memahaminy­a.

“Kami mahukan dia terus kekal tetapi itu saja yang boleh kami lakukan. Kami faham dan menghormat­i keputusann­ya. Saya harap dia mempunyai pandangan sama dengan kami. Dia tahu apa yang ada dalam kepala kami. Dia memainkan peranan penting di dalam bilik persalinan, salah seorang anggota keluarga kami dan kami mahu dia kekal.”

Ditanya sama ada Neymar mungkin melakukan kesilapan dengan berpindah ke Paris, Rakitic menambah: “Dia lebih tahu segala-galanya.

“Apa saja keputusann­ya, kami akan terima. Sebagai kawan dan rakan sepasukan, saya sudah nasihatkan supaya kekal. Dia tidak akan merasai suasana sama di tempat lain. Saya harap dia kekal tetapi kami akan menyokongn­ya tidak kira apa juga keputusan yang diambil.”

Jika Neymar mahu berpindah, PSG perlu membayar sebanyak €222 juta (RM1.11 bilion) untuk melengkapk­an perjanjian tetapi laporan di Perancis menyebut kelab Ligue 1 itu mahu mengadakan perbincang­an bagi mengurangk­an jumlah berkenaan.

Neymar yang menjaringk­an gol tunggal ketika mengalahka­n Manchester Uninentang paling kerap menang di Hungary berbanding pelumba lain dan jika memulakan aksi di petak utama, dia bakal menyamai rekod sepanjang zaman milik Michael Schumacher sebanyak 68 kali.

Vettel setuju dengan hakikat yang menyebut Mercedes melakar kejayaan lebih baik berbanding Ferrari sejak kebelakang­an ini.

“Saya rasa kami perlu melihat kepada perlumbaan. Kami tidak dapat berlumba dengan baik sejak kebelakang­an ini. Kami hampir menang di Austria, saya tidak fikir kami kurang pantas,” katanya. - Reuters ted baru-baru ini, dilihat masih lagi menjalani latihan bersama Barca di Miami kelmarin dan bakal turun me- Real Madrid di Stadium Hard Rock minggu ini.

Dari Miami, dia akan ke China dan tidak pulang ke

 Rakitic harap Neymar tolak lamaran PSG

Sepanyol bersama rakan sepasukann­ya yang lain bagi memenuhi komitmen peribadi dan penajanya.

 ??  ?? NEYMAR (kiri) cuba disekat pamain Manchester United Paul Pogba dalam aksi di Maryland, Amerika Syarikat.
NEYMAR (kiri) cuba disekat pamain Manchester United Paul Pogba dalam aksi di Maryland, Amerika Syarikat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia