Harian Metro

BAHANG EMIRATES

- AFP

London

Alexandre Lacazette akan membuat penampilan pertamanya di depan penyokong Arsenal minggu ini ketika Gunners mengadakan persiapan pramusim dengan Piala Emirates.

Arsene Wenger berbelanja besar sebanyak £52 juta (RM291.4 juta) untuk membeli Lacazette dari Lyon bulan ini dan penyerang Perancis itu bakal merasai bahang Stadium Emirates buat kali pertama apabila

Arsenal berdepan

Benfica hari ini.

Ketika kempen Liga Perdana Arsenal akan bermula dengan berdepan Leicester pada 11 Ogos, selepas pertembung­an Perisai Komuniti menentang Chelsea minggu depan, Lacazette berpeluang untuk mempamer kebolehann­ya di pertanding­an persahabat­an membabitka­n empat pasukan itu.

Selain mahu membuktika­n bahawa kebolehann­ya setanding dengan yuran perpindaha­n, penampilan Lacazette di Emirates akan turut memberikan kesempatan buatnya yang masih lagi mengagumi rekod tanpa kalah Arsenal ketika bergelar juara Liga Perdana pada musim 2003-04.

Untuk menyamai kejayaan Arsenal pada musim terbabit dengan tanpa sebarang kekalahan hasil bantuan bintang Perancis, Thierry Henry, Patrick Vieira dan Robert Pires mungkin satu impian yang terlalu tinggi buat pemain itu namun Lacazette yakin dia mampu mencetus impak yang tidak kurang hebatnya pada penampilan pertamanya bersama Gunners.

“Arsenal sebuah kelab yang boleh dianggap legenda. Sejak kecil, saya sering melihat aksi Thierry Henry dan pemain Perancis lain di kelab ini dan saya mula memasang angan-angan untuk menyarung jersi Gunners,” kata Lacazette.

“Masa lalu Arsenal sangat menarik buat saya. Saya sukakan kelab yang memiliki sejarah. Kehadiran pengurus yang sudah lama di kelab juga menunjukka­n bahawa ia cukup stabil.

“Pada pendapat saya, Arsenal adalah antara kelab yang mempamer aksi terbaik di England dan itulah sebabnya mengapa saya datang ke sini.”

Kehadiran Lacazette membuatkan penyokong semakin berharap mereka mampu mengembali­kan semula kegemilang­an pasukan.

Arsenal berdepan musim yang suram sebelum ini hingga membuatkan Wenger hampir dipecat gara-gara kekalahan demi kekalahan anak buahnya.

Begitupun, di sebalik kegagalan Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama, pengendali berusia 67 tahun itu masih boleh bergembira apabila menjulang Piala FA selepas mengalahka­n juara Liga Perdana, Chelsea.

 Lacazette teruja buat penampilan pertama

di gelanggang utama Gunners musim ini

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia