Harian Metro

Skuad kedua PKNS layan Perak

-

Kuala Lumpur: Atas faktor keletihan, PKNS FC bakal menurunkan skuad keduanya bagi menghadapi Perak dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Shah Alam hari ini.

Penolong jurulatih Semut Merah Muhammad Adam Abdullah berkata, misi utama mereka ketika ini adalah untuk mengukuhka­n kedudukan dalam saingan Liga Super namun itu tidak bermakna mereka akan memberi laluan mudah kepada Perak.

“Keutamaan kami sekarang adalah Liga Super jadi kami akan rehatkan pemain utama kerana selepas perlawanan Piala Malaysia, kami akan bertemu Perak sekali lagi dalam aksi liga.

“Ramai pemain penat dan ada yang cedera selepas mengharung­i jadual perlawanan padat bulan ini. Kami akan menurunkan pemain lain yang jarang beraksi sebelum ini tapi saya berharap mereka yang diberi peluang tidak mensia-siakannya. Kami tetap mahu berikan tentangan hebat kepada Perak esok (hari ini),” katanya kepada Arena Metro.

Selepas mengharung­i tiga perlawanan Piala Malaysia, PKNS yang kini dibimbing jurulatih dari Jerman Sven Gartung selepas E Elavarasan direhatkan berada di tangga tercorot Kumpulan H dengan hanya mengutip satu mata.

Bagaimanap­un kedudukan mereka dalam Liga Super semakin baik hasil dua kemenangan berturut-turut untuk melonjak ke tangga ketujuh liga sekali gus menjarakka­n diri daripada zon penyingkir­an.

Namun Adam mengakui mereka tidak boleh mengambil risiko untuk ‘memerah’ tenaga pemain selepas kecederaan melanda penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali, P Gunalan, Amirizwan Taj Tajudin, Mohd Fauzan Dzulkifli kini terpaksa disisihkan.

“Pada kami keutamaan sekarang adalah saingan Liga Super, dengan skuad yang ada sekarang sukar untuk kami bersaing dalam dua kejohanan serentak.

“Saya percaya dengan prestasi dan moral pemain ketika ini, kami boleh mencatat keputusan baik dalam baki empat perlawanan Liga Super sekali gus memperbaik­i kedudukan liga,” jelasnya.

 ??  ?? SAFEE (kanan) terpaksa disisihkan akibat kecederaan.
SAFEE (kanan) terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia