Harian Metro

REBUT TIKET SUKU AKHIR

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

PKNP FC berpeluang menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia jika menewaskan pasukan Liga Super T-Team dalam aksi Kumpulan A petang ini.

Bermula sebagai naib juara Piala FAM tahun lalu, skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu mampu melengkapk­an kebangkita­n menakjubka­n dengan menyertai Liga Super akhir musim ini.

Biarpun menduduki tempat keempat Liga Perdana, mereka hanya satu mata di belakang pendahulu liga Kuala Lumpur yang bakal ditentang 4 Ogos depan ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Namun mereka perlu melepasi halangan Piala Malaysia dan Abu Bakar mahu mengulangi kejayaan menewaskan T-Team 2-1 pada aksi di tempat lawan, 4 Julai lalu.

“Kami berpeluang menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir tapi perlu menang perlawanan ini untuk layak,” kata Abu Bakar yang pasukannya hanya tewas sekali dalam lapan perlawanan terakhir semua kejohanan.

“Ini perlawanan kesembilan kami bulan ini, jadi ia begitu padat dan meletihkan, namun pemain saya mempunyai keazaman tinggi untuk bersaing dalam dua kejuaraan.

“Kami meletakkan sasaran ke suku akhir Piala Malaysia dan menamatkan saingan liga pada kedudukan terbaik. Kami hampir mencapai kedua-duanya.”

Ketika ini PKNP mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata diikuti Pahang (3) manakala T-Team dan Negeri Sembilan masing-masing (2).

 PKNP berpeluang menjadi pasukan pertama

layak jika jinakkan Titans

 ??  ?? PEMAIN PKNP FC Gilberto Valdenesio (kiri) antara sandaran pasukan.
PEMAIN PKNP FC Gilberto Valdenesio (kiri) antara sandaran pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia