Harian Metro

T-Team wajib menang

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Terengganu: Misi wajib menang. Itu tanggungja­wab yang perlu dipikul pemain T-Team apabila bertemu PKNP di Stadium Proton Tanjung Malim Perak petang ini.

Sekiranya tewas atau seri, peluang buat skuad kendalian Rahmad Darmawan itu untuk mara dilihat kian kabur kerana daripada tiga perlawanan, pasukan dikenali sebagai The Titanas itu baru mengumpul dua mata hasil dua seri dan tewas 1-2 kepada PKNP pada aksi pusingan pertama.

“Kita tidak boleh bazir mata lagi dan wajib menang serta pemain perlu bangkit daripada episod kekalahan sebelum ini memperbaik­i kedudukan dalam kumpulan dan seterusnya mengulangi pencapaian musim lalu apabila layak ke suku dan separuh akhir,” kata Rahmad.

Bagaimanap­un persiapan jurulatih kelahiran Metro Lampung, Jakarta Indonesia itu sedikit terganggu apabila penyerang utama dari Cameroon, Joseph Yannick Ndjeng atau lebih mesra disapa ‘Pok Nik’ berada dalam senarai pemain yang mengalami kecederaan.

“Pok Nik mengalami kecederaan kepala ketika bertemu PKNS empat hari lalu dan belum pulih sepenuhnya. Oleh itu kita masih menunggu laporan pihak perubatan sama ada pemain itu dapat diturunkan atau terpaksa direhatkan,” kata Rahmad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia