Harian Metro

Tok Gajah enggan seri lagi

-

Pahang yang masih belum menang dalam saingan Piala Malaysia mahu menamatkan penantian itu apabila bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Selepas tiga perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar mengutip tiga mata iaitu seri ketiga-tiga perlawanan ketika Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC selesa mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata.

Justeru, pemangku jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddi­n Rosdi mahu pemainnya mempamerka­n komitmen tinggi untuk meraih tiga mata dalam usaha mengukuhka­n kedudukan.

Katanya, tiada pilihan lain buat Pahang kecuali menang ke atas Negeri Sembilan jika mahu mengisi slot suku akhir Piala Malaysia musim ini.

“Saya akui Pahang perlu menang ke atas Negeri Sembilan dan sudah pasti misi utama pasukan adalah mencatat kemenangan pada perlawanan keempat selepas seri tiga aksi lalu.

“Biarpun Negeri Sembilan juga dilihat kembali menemui rentak permainan, kami tidak boleh terlepas mata di Paroi jika mahu mengisi dua slot dalam kumpulan,” katanya semalam.

Ahmad Shaharuddi­n yang kini memangku sementara tugas Dollah Salleh kerana digantung 18 perlawanan dan denda RM30,000 mahu kunjungan ke Paroi itu memihak kepada Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia