Harian Metro

Dominasi penyanyi remaja lelaki

- Norhadiani Baharom norhadiani@mediaprima. com.my

Bicara mengenai ketandusan penyanyi solo lelaki yang suatu ketika dulu pernah menjadi topik bualan dalam industri muzik tempatan, kini bukanlah lagi hal yang perlu dibimbangk­an.

Sejak setahun lalu, arena nyanyian dibanjiri ramai penyanyi remaja lelaki, yang sebahagian besarnya mencipta fenomena melalui bakat nyanyian serta kejayaan ‘single’ pertama mereka yang mesra pendengar.

Diberi gelaran sebagai Budak-Budak Baru Nak Up, nama seperti Ismail Izzani, Hael Husaini,

Khai Bahar, Haqiem

Rusli, Tajul, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan

Haziq Putera Band sedang meraih populariti begitu luar biasa hanya dengan berbekalka­n suara, lagu serta wajah kacak masingmasi­ng yang membawa tuah kepada mereka.

Meskipun kemunculan penyanyi remaja perempuan, antaranya Wany Hasrita yang popular dengan lagu Menahan Rindu, Ara (Warkah Untukku), Pertama Kali (Shaa) dan Ernie Zakri (Jangan Marah) yang tidak kurang hebatnya, perhatian umum lebih tertumpu kepada penyanyi lelaki remaja yang disebut tadi.

Cuit Sikit minggu ini mendekati topik kebangkita­n penyanyi remaja lelaki di negara ini.

KHAI BAHAR - PENYANYI

“Bagi saya ini satu persaingan yang sihat dan kami sendiri sebenarnya saling menyokong antara satu sama lain. Masingmasi­ng mempunyai kelainan dalam nyanyian begitu juga dari segi muzik. Walaupun mungkin ada yang mengkatego­ri muzik kami hampir sama, terdapat perbezaan dan faktor keunikan dipunyai setiap individu membuatkan kami menyerlah dengan cara tersendiri dan berdiri seiring.”

Raih populariti

luar biasa berbekalka­n suara, lagu dan wajah

kacak

AIMAN TINO

“Saya sendiri menyedari sejak tahun lalu memang ramai kemunculan artis remaja lelaki dan semua mereka berbakat besar. Sebagai rakan seangkatan, saya melihat ia sebagai persaingan yang sihat dan sentiasa menyuntik keinginan saya untuk menghasilk­an lagu yang baik pada masa akan datang agar kekal relevan. Untuk kekal relevan itulah perkara yang paling payah.

Jadi terletak pada diri sendiri, ke mana hala tuju kita dalam industri. Saya mahu dilihat sebagai penyanyi yang serius bukan artis bermusim. Mungkin sekarang saya belum dapat membuktika­n tapi pada masa akan datang saya mahu dikenali bukan saja sebagai penyanyi tetapi pemuzik, penulis lagu dan produser album.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia