Harian Metro

JANJI LUKAKU LAKAR SEJARAH DI OLD TRAFFORD

-

“Nama saya Romelu Lukaku, saya mahu mencipta sejarah” ayat ini membuatkan peminat Manchester United boleh membayangk­an kerinduan mereka terhadap Andy Cole dan Dwight Yorke di era hujung 90-an serta awal milenium mungkin akan terubat.

Itu janji penyerang kebangsaan Belgium itu sebaik tiba di Old Trafford dan berbekalka­n rekod luar biasa baik bersama Anderlecht, West Bromwich Albion mahupun Everton.

Ia bukan satu janji kosong atau membangga diri namun 25 gol yang disumbangk­annya bersama The Toffees musim lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), tidak mustahil untuk diulangi semula bersama United yang mempunyai ramai bintang muda masa kini.

Lukaku yang menyertai Red Devils awal bulan ini dengan nilai £75 juta (RM419 juta) sudah mula menjadi bualan hangat di EPL apabila menjadi pemain import pertama pada usia 23 tahun

ampu meledak 80 gol.

“Saya tidak boleh katakan saya sudah mempunyai pakej yang lengkap, banyak lagi kerja perlu dilakukan,” kata pemain berusia 24 tahun itu yang mula berjinak dalam sukan bola sepak sejak berusia lima tahun dengan pasukan di tempat tinggalnya Rupel Boom.

Kehadiran Lukaku ke United menyaksika­n dia kembali bergabung bersama Jose Mourinho yang membimbing Chelsea sebelum mereka menjualnya ke Everton pada 2014 dengan nilai £28 juta (RM156 juta).

Lukaku yang menjadikan legenda Chelsea, Didier Drogba sebagai idolanya mula dibandingk­an dengan bekas penyerang antarabang­sa Ivory Coast itu.

Bagaimanap­un, Mourinho berterus-terang beliau tidak suka membuat perbanding­an langsung antara Lukaku dengan mana-mana pemain.

“Seorang (Drogba) sudah mencipta sejarah tersendiri dan seorang lagi (Lukaku) dalam usaha untuk melakar sejarah,” kata Mourinho yang turut disokong oleh Lukaku sendiri bahawa dia dan Drogba amat berbeza.

Perbezaan itu dinilai melalui corak permainan dengan Drogba pemain yang diletakkan di dalam kotak penalti untuk menerima umpanan dari rakan sepasukan, manakala Lukaku pula mengakui dia lebih gemar memegang bola sebelum berlari masuk ke kawasan bahaya di belakang pertahanan lawan.

Kehadiran Lukaku juga disambut baik rakan sepasukann­ya di United terutama

Paul Pogba yang memuat naik gambar di media sosial bersama penjaring terbanyak Lig

Europa 2014-1 itu.

 ??  ?? LUKAKU ketika aksi pramusim menentang City.
LUKAKU ketika aksi pramusim menentang City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia