Harian Metro

KETANGKASA­N CECH INSPIRASI RISTEENA

-

menjadi inspirasi kepada saya untuk meneruskan momentum dan kental dengan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya juga mahu jadi seperti Cech yang menjadi pilihan dalam kalangan pemain, jurulatih, pegawai persatuan bola sepak serta pengamal media yang membuat undian terhadapny­a. Dalam bidang yang diceburi, saya mahu menarik perhatian pengarah drama mahupun filem,” ujar Risteena.

Menurutnya, pencapaian Cech dalam bola sepak sesuatu yang diakui kerana sudah mencipta rekod apabila membuat penampilan bersama skuad kebangsaan­nya sebanyak 124 kali.

“Bermain bola sejak usia muda memang menuntut banyak perkara kepada pemain itu untuk menjadi yang terbaik.

“Bagi saya, dia penjaga gol berkaliber dan mempunyai semangat juang tinggi. Setiap perlawanan yang diikuti, dia pasti akan mengawal pintu golnya daripada dibolosi. Itu satu perkara yang menggembir­akan.

“Memang tidak dinafikan, dalam lakonan, saya juga perlu mengawal rentak dan bukan untuk berbangga, langkah saya dalam bidang seni semakin cerah,” katanya yang semakin sibuk dengan penggambar­an filem Qhaliq arahan Ahmad Idham selepas Aidilfitri lalu.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 28, berkata, kehebatan Cech sebagai penjaga gol juga diakui dengan ketinggian­nya iaitu 1.96 meter, selain kecergasan fizikal dan juga kecerdasan dalam membaca perlawanan.

“Pengalaman sebagai penjaga gol dengan penampilan lebih 600 kali membuatkan dia dihormati. Dia sering berjaya melakukan kawalan di kawasan gol dengan sempurna.

“Kelajuan dan visi untuk memastikan dirinya dapat melihat bola adalah penting. Aspek kecerdasan adalah cara dia untuk membaca gerakan lawan dan juga berada dalam organisasi pertahanan.

“Sebab itu, saya melihat bola sepak sukan yang mampu meningkatk­an kesihatan fizikal dan mental,” katanya yang pernah bermain bola jaring.

Juga baru menghabisk­an penggambar­an filem

Blok 404 sebelum sibuk dengan penggambar­an drama RTM sebanyak 13 episod, kata Risteena, dia tidak akan ketinggala­n mengikuti perkembang­an Arsenal.

“Saya memilih kelab itu kerana ada Cech.

Dia antara yang sering membantu kelab itu memenangi perlawanan.

“Tanpa ada penjaga gol yang hebat, sesebuah pasukan itu pasti akan dibolosi dengan jaringan yang bertalu-talu.

“Namun, komitmen yang ditampilka­n Cech pasti akan membuahkan hasil hingga digeruni lawan,” tegasnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia