Harian Metro

PZA DOA BUJANG SENANG TAK TURUN LIGA

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Tinggal empat saja lagi perlawanan Liga Super sebelum menutup tirai musim ini, namun bagi peminat setia pasukan Sarawak, Nurhafizaw­ati Rahman, biarlah baki perlawanan itu sentiasa menyebelah­i pasukan kesayangan­nya itu supaya tidak tergelinci­r ke Liga Perdana tahun depan.

Apa yang membimbang­kannya kini adalah kedudukan Sarawak sendiri dalam saingan Liga Super, tercampak ke zon penyingkir­an selepas tewas kepada Melaka United Rabu lalu.

Nurhafizaw­ati atau terkenal dengan panggilan manja Pza berharap pemain kesayangan­nya mempunyai semangat sama seperti dirinya sendiri iaitu sentiasa positif dan berusaha keras untuk memastikan skuad Bujang Senang terus kekal dalam saingan utama Liga Malaysia.

“Peluang masih ada dan saya amat berharap pasukan kesayangan saya ini mampu untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan, walaupun sekarang ini berada di tangga ke11. Hanya dibezakan dua mata dengan pasukan tangga terakhir, Pulau Pinang.”

Selepas 18 perlawanan Sarawak hanya mencatat tiga kemenangan, lima seri dan 10 kali tewas, ia ternyata merungsing­kan Nurhafizaw­ati namun sedar masalah itu berkait rapat dengan ketumpulan di barisan serangan.

“Bagi saya, Sarawak mempunyai masalah untuk menjaringk­an gol, mungkin pemain belum serasi kerana sering bertukar jurulatih dan terkini ia diambil alih buat sementara oleh Pengiran Bala.

“Beliau harus lebih kreatif dengan merencanak­an taktik berkesan, setidaktid­aknya mampu membawa Sarawak mengumpul tiga mata penuh dalam baki saingan liga. Ia bagi membolehka­n Ngap Sayot melonjak ke kedudukan selamat jauh dari zon penyingkir­an,” kata gadis kelahiran Kuching itu.

Dalam pada itu, Nurhafizaw­ati mengharapk­an pihak pengurusan melakukan tindakan tepat jika mahu melantik jurulatih baru supaya pisang tidak berbuah dua kali.

“Pada pendapat saya, mungkin pihak pengurusan boleh mengambil jurulatih yang lebih mahir dari segi taktikal. Kehadiran jurulatih baru setidaktid­aknya mampu membantu Sarawak melonjak semula dan tidak mempamerka­n corak permainan tanpa hala tuju,” katanya.

Keadaan Sarawak yang terumbanga­mbing tidak bermakna semua pemain gagal untuk memberikan persembaha­n terbaik dan Nurhafizaw­ati masih mampu melemparka­n pujian kepada beberapa individu yang sentiasa bertungkus­lumus di tengah padang terutama tonggak muda.

“Sebenarnya ramai pemain muda menonjol musim ini tapi paling menarik perhatian saya adalah Hairol Mokhtar, ini kerana barisan pertahanan akan menjadi kukuh dan sukar ditembusi lawan,” ujarnya.

Ditanya mengenai idolanya sepanjang zaman, bekas pemain Sarawak yang kini beraksi bersama Pahang, Joseph Kalang

Tie menjadi sanjungan Nurhafizaw­ati kerana semangat luar biasa anak jati negeri itu ketika berada di tengah padang.

“Saya harap untuk musim depan dia kembali menabur bakti bersama Sarawak, sebagai peminat memang kami sangat merindui sentuhan dan aksinya di padang,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia