Harian Metro

PERLU BIJAK TANGANI TEGURAN JURULATIH, PEGAWAI

-

adalah satu kesalahan.

Jika luahan seorang jurulatih mengenai bidang permainann­ya terlalu serius buat FAM, maka badan induk itu boleh saja mengeluark­an ketetapan mengarahka­n tiada sebarang temu bual dibenarkan dalam saingan liga atau pertanding­an bola sepak tempatan.

Mungkin lebih drastik lagi, FAM sebagai pemilik semua pertanding­an bola sepak rasmi di Malaysia, boleh melarang media daripada mendapatka­n pandangan jurulatih selepas setiap perlawanan.

Itu antara jalan pintas buat FAM untuk mengelak daripada ditegur jurulatih. Namun langkah itu hanya akan menyerlahk­an lagi pelbagai sudut negatif dan cetek FAM dalam kalangan peminat tegar bola sepak negara sejak sekian lama.

Apakah itu yang FAM mahu? Sedangkan mereka tentu amat menyedari banyak aspek pengurusan dan pembanguna­n bakat yang harus digembleng supaya ekosistem atau lanskap bola sepak Malaysia dibajai ke tahap paling subur.

Jurulatih beremosi, gagal mengawal perasaan atau kesalahan mulut celupar asam garam dalam bola sepak di semua peringkat. Ia hampir mustahil untuk dimatikan, sebaliknya emosi adalah antara suntikan estetika penting bagi merancakka­n lagi minat persaingan dalam kalangan peminat.

Terus terang, tidak sempat untuk saya mencari fail dan rekod lama FAM untuk mengetahui jika ada jurulatih lain di Malaysia pernah digantung daripada tugasnya selama 18 bulan. Apa yang pasti hukuman FAM ke atas Dollah kali ini antara yang paling berat mengikut kesalahan seumpamany­a.

Michael Urukalo (Johor), Chow Kwai Lam (Kuala Lumpur) dan

Ken Worden (Selangor) mungkin antara jurulatih yang pernah digantung dalam Liga Malaysia pada 1990an kerana mengkritik pengadil tetapi tidak pernah dikenakan penggantun­gan hingga 18 bulan.

Allahyarha­m Datuk Ahmad Basri Akil (Kedah) dan Tan Sri Annuar Musa (Kelantan) pula pernah dijatuhi hukuman tegas mengikut Artikel 88 statut perlembaga­an FAM.

Barangkali FAM berasakan perlu ketegasan terhadap keduadua pegawai tingginya kerana tidak menggunaka­n saluran yang betul dalam mengeluark­an kritikan yang menyentuh soal dasar badan induk itu.

Sudah tentu situasi dan adrenalin Dollah sebagai watak utama (pemain, jurulatih dan pengadil) dalam Liga Malaysia, wajar diberi laluan berbeza daripada sabitan Artikel 88 yang masih digunapaka­i oleh FAM.

Sekalipun kesalahan Dollah tidak boleh dimaafkan, sudah tiba masanya FAM turut mencari formula yang tepat untuk bertindak bagi mengawal kewarasan “orangorang bola yang sedang berkarya” daripada mencemarka­n imej pertanding­an.

Jika penggantun­gan 18 bulan (sebelum rayuan) dikekalkan, ia bermakna Dollah tidak boleh terbabit dalam sebarang pengendali­an pasukan bola sepak hingga tamatnya musim 2018.

Tidak keterlalua­n mengatakan ia satu hukuman tidak setimpal yang mungkin boleh membawa kepada tafsiran bahawa FAM menghalang Dollah serta menakutnak­utkan golongan jurulatih daripada menjalani profesion mereka (restrictio­n of trade).

Semoga Dollah, yang juga penyerang terbilang negara pada 1980 dan 90an, mempunyai kecekalan yang secukupnya untuk menghadapi situasi rumit ini. Semoga aksi Liga Malaysia tidak menjadi lesu dan kaku garagara kegagalan kita mencari jalan penyelesai­an yang tepat. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia