Harian Metro

GILMAR MAKIN DISAYANGI

-

Dua minggu lalu, dalam majlis pertemuan Hafiz Kamal dengan peminatnya, Mohd Ariffudin Mohd

Nor Hafis, Spy Bola turut berkesempa­tan bertemu dengan penyerang import Perak, Gilmar.

Selama ini kami hanya berbual menerusi telefon. Jadi kesempatan itu Spy Bola gunakan untuk memperkena­lkan diri serta mengenali dirinya dengan lebih dekat.

Ternyata Gilmar seorang yang peramah serta mudah mesra. Walaupun baru mengenali namun layanannya menyebabka­n Spy Bola berasa seolaholah kami sudah lama berkawan.

Malah, Gilmar juga tidak jual mahal bila ada peminat cilik yang mendekati serta meminta autograf dan mahu bergambar dengannya.

Sikap sebegitu menyebabka­n Gilmar makin disayangi penyokong The Bos

Gaurus. Apatah lagi di tengah padang, pemain Brazil itu membuktika­n dia pembelian yang tepat untuk pasukan itu.

Sebelum ini Spy Bola mendengar dan membaca bahawa ramai penyokong membantah kehadiran Gilmar dalam pasukan itu kerana mereka meragui kemampuann­ya.

Sikap Gilmar ini patut dicontohi pemain tempatan terutama yang berasa diri bintang hingga enggan melayan panggilan telefon Spy Bola.

Spy Bola: Mesra alam.

 ??  ?? GILMAR mesra melayan penyokong ciliknya.
GILMAR mesra melayan penyokong ciliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia