Harian Metro

PULAU PINANG GUNA BOMOH?

-

Ramai terkejut apabila Pulau Pinang mengalahka­n Pahang 2-0 dalam perlawanan Liga Super, Rabu lalu. Pelik bin ajaib, kata mereka, pasukan tangga tercorot itu boleh tumbangkan Tok Gajah yang menduduki tangga ketiga.

Kebetulan pula, sehari sebelum itu tersebar video dua orang penyokong Pulau Pinang yang melakonkan gelagat aksi bomoh sedang ‘membersihk­an’ Stadium Batu Kawan daripada gangguan makhluk halus yang dikatakan menjadi punca pasukan mereka asyik kalah.

Spy Bola yang turut menonton video itu ketawa berguling-guling. Rasanya peminat lain yang menontonny­a pun tidak ambil serius mengenai video itu malah menganggap­nya sebagai bahan jenaka.

Namun bila Pulau Pinang menang ke atas Pahang, lain pula ceritanya kerana ada peminat yang percaya aksi dalam video itu bukan sekadar lakonan atau gimik tapi betulbetul.

Seorang rakan yang menonton perlawanan itu di stadium memberitah­u Spy Bola, permainan Pulau Pinang pada malam itu memang luar biasa seolaholah dirasuk sementara pemain Pahang pula hilang punca.

Spy Bola hanya mampu geleng kepala. Dalam dunia moden macam sekarang pun masih ada orang yang percayakan bomoh.

Jawapan Spy Bola amat mudah, kalau benar dua ‘bomoh’ dalam video itu benar-benar hebat, mengapa baru sekarang mereka hendak bantu Pulau Pinang.

Lebih cantik jika dibantu sejak awal musim, tentu pasukan itu kini berada di tangga teratas. Spy Bola: Teringat bomoh temberang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia