Harian Metro

SAFAWI KENA KECAM

-

Kasihan Safawi Rasid, gara-gara kenyataann­ya dalam akhbar yang berharap jurulatih Datuk Ong Kim Swee (OKS) tidak menutup pintu skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara kepadanya, dia menjadi mangsa kecaman penyokong bola sepak.

Kebanyakan netizen meminta OKS supaya tidak melayan permintaan Safawi sebaliknya melupakan pemain itu untuk skuad Sukan SEA sebagai ‘balasan’ kepada tindakanny­a tidak melaporkan diri semasa dipanggil menyertai skuad ke pertanding­an kelayakan Kejohanan B-23 Asia di Bangkok, baru-baru ini.

Spy Bola amat bersimpati dengan pemain muda

Johor Darul Ta’zim ini. Sudah tentu dia sedih apabila membaca komen negatif yang dihamburka­n kepadanya.

Bukan niat Spy Bola membela Safawi namun peminat yang mengutuk dia sepatutnya sedar pemain itu menjadi mangsa keadaan bak kata orang ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Dia tersepit antara tugasan negara dengan komitmen bersama pasukan Johor DT yang menjadi majikannya. Janganlah cepat menjatuhka­n hukuman.

Spy Bola lebih suka melihat perkara positif terutama bila membabitka­n kepentinga­n negara. Walaupun tanpa enam pemain kita mencipta kejayaan di Bangkok, namun kehadiran semula Safawi dan rakannya pasti memantapka­n cabaran pada Sukan SEA kelak.

Rasanya OKS pun sedar mengenai hal ini dan tidak akan terpengaru­h dengan sentimen negatif penyokong.

Spy Bola: Bersaing secara sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia