Harian Metro

Semangat undergroun­d

-

sedemikian dibuat secara terperinci dan lengkap di Malaysia,” katanya.

Aziz yang juga wartawan eksekutif di sebuah akhbar harian terkenal berkata, kandungan buku berkenaan menceritak­an mengenai perkembang­an muzik undergroun­d tempatan dan pengalaman­nya bersama komuniti berkenaan di luar negara.

Mula mengenali band rock dan heavy metal antarabang­sa seperti Black Sabbath, Deep Purple, Scorpions, Van Halen, Kiss dan Quiet Riot pada 1984, Aziz kemudian mula tertarik dengan band yang lebih ekstrem seperti Metallica, Megadeth, Napalm Death, Kreator, Sodom, Destructio­n, Death dan King Diamond.

Selain itu, pada masa sama, di Malaysia sendiri sudah wujud band sedemikian antaranya Punisher, Nemesis, Slap Death, Hijrah, FTG, Saxo, Rator, Blackfire dan ABC...Dead. Bergerak secara undergroun­d dan tanpa sokongan media arus perdana, mereka berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Aziz berkata, berbanding negara Asia Tenggara lain, Malaysia sebenarnya lebih ke hadapan dari segi perkembang­an band undergroun­d.

“Buktinya pada 28 Disember 1988, Box Office Malaysia milik Ali Bakar menganjurk­an konsert thrash metal pertama di Malaysia di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilka­n band thrash metal tempatan iaitu Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death yang dihadiri lebih 3,000 penonton,” katanya.

Azizi berkata, konsert itu turut mencatat rekod kerana belum ada konsert thrash metal diadakan di lokasi besar di Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina sebelum ini.

Menurut Aziz, Ribut

Dari Timur turut menceritak­an pengalaman­nya menghasilk­an majalah atau fanzine berjudul Thrash Attack dan Vortex From

The East pada penghujung 1980-an secara ‘Do It Yourself’ (DIY) hingga dia mampu mewujudkan hubungan dengan band terkenal dari luar negara dan syarikat rakaman antarabang­sa.

“Walaupun ia tidak dicetak secara profesiona­l dan hanya menggunaka­n kaedah fotokopi, ia turut mendapat tempahan dari luar negara. Saya buat A hingga Z. Bermula dengan temu bual sama ada band tempatan atau antarabang­sa, menulis, menghasilk­an reka letak hinggalah menghantar­nya secara pos, semuanya saya lakukan sendiri,” katanya.

Aziz berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan buku itu.

“Jika mahu tahu mengenai perkembang­an muzik undergroun­d di Malaysia, buku ini ada jawapannya,” katanya.

Ribut Dari Timur dijual dengan harga RM60 (termasuk pos). Maklumat lanjut hubungi 014-2686381.

 ??  ?? SILENT DEATH
RIBUT Dari Timur khas buat penggemr
muzik undergroun­d
tempatan.
SILENT DEATH RIBUT Dari Timur khas buat penggemr muzik undergroun­d tempatan.
 ??  ?? CARBURETOR DUNG
CARBURETOR DUNG
 ??  ?? AZIZ (tengah) bersama dua rakannya ketika di Hamburg, Jerman.
AZIZ (tengah) bersama dua rakannya ketika di Hamburg, Jerman.
 ??  ?? GLOTTIS
GLOTTIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia