Harian Metro

Dr Ross beri nama Julie Sudiro

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Sukar sebut nama penyanyi lagu pop ketika menyanyi di kelab malam

Di sebalik nama gah Julie Sudiro, mungkin tiada siapa yang benar-benar tahu siapakah yang memberikan nama komersial itu kepada penyanyi lagu pop, keroncong dan jaz handalan itu?

Menerusi pencarian di Internet, ada yang menulis namanya itu diberikan oleh seorang pengurus kelab malam di Orchard, Road, Singapura.

Lalu soalan itu terus ditanya kepadanya ketika menemubual­nya kelmarin. Pantas saja beliau membuka cerita lama.

“Tidak ramai tahu siapa yang berikan nama saya Julie. Ada yang kata pengurus kelab malam, tapi saya malas mahu menegur penulisnya, hanya biarkan sajalah.

“Sebenarnya nama Julie itu diberikan oleh seorang pengunjung kelab malam di Singapura yang berasal dari Britain iaitu Dr Ross. Orangnya sudah berusia dan dia pengunjung setia tempat saya menyanyi.

Saya pun tak kenal sangat dengan Dr Ross kerana saya menyanyi bukan mencari glamor atau populariti, tetapi mencari rezeki membantu bapa menanggung keluarga kerana ketika itu (1960an), industri perfileman di Singapura kurang mendapat sambutan.

“Bapa saya, Radin Sudiro adalah pelakon dan pelawak bangsawan. Dr Ross rapat dengan mereka yang bekerja di kelab malam itu termasuk pemuzik yang mengiringi saya menyanyi. Mungkin dia sukar nak menyebut nama sebenar saya, Juariah, lalu dipanggiln­ya Julie dan sejak itu semua orang di kelab panggil saya Julie. Sudiro pula memang nama bapa kandung saya,” katanya kepada BLING!

Hakikatnya nama sebenar Julie ialah Radin Juariah Radin Sudiro.

Menurut, Julie meskipun dia perlu menyanyi untuk mencari wang, tetapi beliau tidak mengabaika­n pelajaran kerana baginya ilmu sangat penting.

“Siang saya bersekolah dan malam menyanyi.

Saya bersekolah sehingga tingkatan lima, tetapi zaman itu sudah dikira cukup tinggi. Tamat sekolah saya 66, yang menganggap

Julie adalah mentornya, menyamakan kehebatan nyanyian biduanita itu setaraf bintang jaz legenda antarabang­sa Ella Fitzgerald.

PEMINAT TAK LUPAKAN JULIE

Walaupum Julie tidak seaktif dulu, peminat tidak pernah melupakann­ya. Pada Februari lalu, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, pernah mengundang­nya ke Wacana Seni - Sepanjang Jalur Kenangan VI: Irama Jalinan Mesra Bersama Datin Paduka Julie Sudiro.

Insan yang bertanggun­gjawab membawa Julie ke Dewan Seminar FITA 1, UiTM, Kampus Puncak Perdana adalah peminat tegar dunia hiburan tanah air iaitu Ahmad Kamal Basyah Sallehuddi­n yang juga pensyarah di fakulti terbabit.

Menyelami dasar hati Kamal yang amat menghargai setiap sumbangan Julie terhadap dunia hiburan tanah air, beliau juga meletakkan kedudukan penyanyi pujaannya itu setaraf

Ella Fitzgerald dan Sarah Vaughan.

“Hanya Datin Paduka Julie yang mampu menyanyika­n lagu jaz sehebat dua penyanyi antarabang­sa itu.

Kehebatan vokalnya juga boleh mengalunka­n lagu keroncong dengan baik sekali. Tidak pernah jemu saya mendengar suaranya.

“Saya bukan saja mengagumi bakat seninya, tetapi ketabahann­ya mengharung­i kehidupan seawal usianya 13 tahun lagi. Menghitung dan mengira setiap langkahnya dalam bidang seni yang tiada galang gantinya itu, sepatutnya Datin Paduka Julie menerima penghargaa­an yang lebih besar.

“Janganlah segala penghargaa­n dan pengiktira­fan itu diberikan kepada artis yang berjasa selepas hayat mereka tiada lagi,” katanya.

Menurut Kamal, fakulti terbabit menjemput Julie untuk berkongsi kisah hidupnya dengan pelajar agar mereka dapat menjadikan pengalaman beliau sebagai sumber inspirasi untuk menjadi insan seni cemerlang.

 ??  ?? JULIE bersama Kamal.
JULIE bersama Kamal.
 ??  ?? KENANGAN bersama Allahyarha­m Kartina
Dahari (kiri).
KENANGAN bersama Allahyarha­m Kartina Dahari (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia