Harian Metro

Persis hantar lagu ke Sweden

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Tak patah semangat,

terus muncul dengan

single terbaru

Sekalipun sudah lebih empat tahun wujud, nama band Persis bukanlah sepopular band lain yang ada dalam industri seni muzik Malaysia.

Namun Persis yang dianggotai Khairul Nizam Idris selaku vokalis, Mohamad Izwan Talhah (gitaris), Wan Zulfizrin Mohd Zin (gitaris), Razwan Juni (pemain dram) dan Nor Zahari Zakaria (pemain bass) ini tidak pernah patah semangat, malah terus muncul dengan single terbaru mereka.

“Sebelum ini, kami pernah hadir dengan lagu pertama berjudul Ruang Hati pada 2014. Selepas tiga tahun, kami hadir dengan single kedua, Mimpi,” kata Khairul atau lebih mesra disapa Krool.

Menurutnya, penghasila­n single kedua mereka ini mengambil masa yang sangat lama kerana bebedi rapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Lagu ini kami siapkan pada 2015 dan dihantar ke Sweden untuk proses susunan. Namun apabila dibawa pulang ke Malaysia, hasilnya tidak memuaskan.

“Kami meminta Sony Music selaku label naungan kami untuk menyusun semula lagu ini,” katanya.

Walaupun pada awalnya, idea itu mendapat tentangan daripada Sony Music, mereka berjaya memujuk dan mendapat restu.

“Selepas kami berkalikal­i meminta, akhirnya Sony Music membenarka­n kami untuk menyusun semula lagu ciptaan saya itu.

“Kalau diikutkan, versi susunan yang dibuat di Sweden sudah diubah 90 peratus daripada versi asal. Jadi, versi yang kami keluarkan ini kami gabungkan antara versi asal dengan versi yang disusun Sweden,” katanya.

Ditanya mengenai kekurangan yang dirasakann­ya selaku penyanyi dan komposer, Krool ada jawapannya.

“Ia tidak kena dengan jiwa Persis dan seperti lari daripada identiti muzik kami. Kerana itu kami berpendiri­an bahawa ia perlu ditukar semula,” jelasnya.

Bagaimanap­un, Persis sentiasa mengharapk­an agar ‘single’ kedua mereka itu akan berjaya mencuri tumpuan pendengar tempatan.

Persis sebelum ini pernah tercalon sebagai Top 5 untuk kategori Persembaha­n Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 pada 2014.

Kejayaan itu sedikit sebanyak memberikan harapan kepada mereka untuk terus berjuang atas landasan muzik yang lebih kukuh.

 ?? FOTO ?? PERSIS berjaya pujuk Sony Music
FOTO PERSIS berjaya pujuk Sony Music

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia