Harian Metro

Hayat bunga Iris tak lama

-

Bunga iris atau neomarica longifolia dari keluarga iridaceae dipercayai berasal dari Jepun. Bunga ini sering dijadikan tanaman hiasan dan diselitkan dalam landskap kerana bentuk serta warna yang menarik.

Mempunyai ciri-ciri termasuk daun runcing memanjang seperti daun pandan, bunga ini dikatakan tumbuh subur di kawasan tanah tinggi.

Lebar daun boleh mencecah sekitar tiga sentimeter (sm) sementara panjang daun mampu membesar hingga 40sm.

Menariknya, tanaman ini sesuai dan mampu hidup sama ada di kawasan kemarau atau dalam keadaan banjir.

Bunga Iris juga boleh ditanam dalam bekas air bukan saja di atas tanah.

Penanaman dalam pasu juga dapat membantu anda menyesuaik­an waktu tanaman ini terdedah dengan cahaya matahari ketika pagi.

Kemudian alihkan semula kawasan landskap yang lebih teduh atau berdekatan dengan kolam air.

Ukuran pasu bersesuaia­n adalah sekitar 0.3 meter dengan beberapa lubang di bahagian bawah untuk saluran air yang baik.

Walaupun jangka hayat bunga tidak tahan lama, namun sekiranya mendapat pendedahan cahaya matahari penuh ia mampu berbunga sepanjang tahun.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia