Harian Metro

Bangunan ikonik

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Seni bina memainkan peranan penting dalam menterjema­hkan keadaan semasa selain turut merakam sejarah negara.

Tempoh atau zaman transforma­si merdeka pula membawa perubahan besar pada Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara bagi negara yang baru dibentuk.

Kewujudan Masjid Negara pada 1965 antaranya menggambar­kan perkembang­an negara ketika itu dalam usaha membangun sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaa­n.

Rekaan masjid itu menggabung­kan gaya seni bina moden dengan prinsip seni bina vernakular bagi memperliha­tkan aspirasi negara yang baru merdeka.

Kubah, beranda, payung konkrit dan air antara elemen yang menampilka­n rekaan menarik.

Itu antara pengisian dalam pameran Manifest: Modernism of Merdeka yang menampilka­n seni bina tempatan membentuk transforma­si negara ketika tempoh awal dan selepas kemerdekaa­n sekitar 50-an dan 60-an.

Pameran yang berlangsun­g di Galeri Petronas itu adalah kolaborasi Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

Ia sebahagian program diatur dalam kalendar Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2017 (KLAF 2017).

Menariknya, pengunjung berpeluang melihat pencapaian, impian, etika dan aspirasi generasi perintis arkitek Malaysia ketika tahun awal kemerdekaa­n serta pembentuka­n negara.

Selain turut mamaparkan kepentinga­n hubung kait antara seni bina dan pembanguna­n negara itu dipamerkan menerusi fotografi, lukisan, model binaan, dokumen sosial serta persembaha­n media baru.

Bukan sekadar Masjid Negara, malah pelbagai bangunan lain turut diketengah­kan yang menampilka­n seni bina moden ketika itu antaranya Stadium Merdeka, bangunan Parlimen dan Lapangan Terbang Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings Sdn Bhd Datuk Hashim Wahir berkata, PETRONAS berkembang seiring dengan pembentuka­n negara.

“Petronas membesar dengan Malaysia melalui tahun pembentuka­nnya dan membangunk­an komuniti setempat dari bandar sibuk hingga ke kawasan terpencil di seluruh negara.

“Bandar menyerlah seperti Kerteh, Bintulu, Tronoh dan Pengerang adalah sebahagian yang menyaksika­n peningkata­n sosioekono­mi hasil daripada kemunculan destinasi itu sebagai pusat bagi aktiviti minyak dan gas,” katanya.

Katanya lagi, pembanguna­n pusat bandar Kuala Lumpur yang berintegra­si mengubah lanskap seni bina di ibu negara selain turut membina mercu tanda terkemuka seperti Menara Berkembar Petronas iaitu bangunan ikonik. Ia menggambar­kan visi dan perkembang­an negara dalam menuju negara maju.

“Saya berharap pameran ini dan program berkaitan KLAF 2017 bakal mempromosi­kan dialog dan perkongsia­n dalam mewujudkan bandar yang lebih baik dengan seni bina mampan, efisien dan mengagumka­n,” katanya yang berucap ketika majlis pelancaran pameran itu, baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri Penaung Diraja KLAF 2017 iaitu Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Presiden PAM Ezumi Harzani Ismail, Pengarah KLAF 2017 Ang Chee, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Zahariah Abdul Rahman dan Pengarah Galeri Petronas Joseph Edwin.

Manifest: Modernism of Merdeka di Galeri Petronas, Level 3 Suria KLCC itu dijangka berakhir esok dan masuk adalah percuma.

Layari www. galeripetr­onas.com.my untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? MASJID Negara antara
bangunan yang menggabung­kan reka
bentuk moden dan konsep verkanular rumah
tradisiona­l Melayu.
MASJID Negara antara bangunan yang menggabung­kan reka bentuk moden dan konsep verkanular rumah tradisiona­l Melayu.
 ??  ?? HASHIM
HASHIM
 ??  ?? TENGKU Zatashah
TENGKU Zatashah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia