Harian Metro

INGIN KELUAR TEROKA DUNIA

-

Gadis Bosnia bercita-cita mengembara ke Arab Saudi

“Membesar di Bosnia dengan dikeliling­i saudara dan keluarga pada awalnya agak sukar. Ketiadaan ibu bapa membuatkan saya belajar berdikari sejak usia remaja.

“Walaupun hidup penuh cabaran, saya menganggap ini dugaan hidup dan ada manisnya di kemudian hari nanti. Saya sentiasa bersyukur untuk apa yang saya ada pada hari ini,” katanya.

Katanya, selain belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris dan Sastera, dia juga turut melakukan beberapa kerja dalam satu hari termasuk menjaga kanak-kanak dan menjadi penterjema­h.

MAHU TAHU BANYAK PERKARA

teruja keluar mengembara ke destinasi berbeza.

“Bahasa percakapan, makanan dan budaya setiap warganegar­a itu berbeza. Sebab itu, saya ingin keluar dan lihat sendiri.

“Di Bosnia, kami ada banyak sungai dan keindahan alam semulajadi hijau yang cantik dan ada antaranya masih tak terusik. Jadi, saya mahu lihat bagaimana pula di negara lain,” katanya.

Untuk yang ingin datang ke Bosnia, Media berkata, musim panas adalah musim paling tepat untuk melancong ke sini. Setiap musim ada keindahan tersendiri, namun biasanya ramai akan menikmatin­ya pada musim panas.

“Jujurnya, saya paling suka Ramadan. Ia memberikan aura berbeza bukan hanya untuk diri saya bahkan suasana malam di Barsarcija ( Old Town) yang cukup meriah meraikan setiap malam penuh keberkatan,” katanya.

Penulis amati budaya di sini, kebanyakan gadis berkahwin muda. Tidak menolak hal itu, Medina berkata, kebiasaan gadis Bosnia berkawin seawal usia antara 20 hingga 25 tahun.

Bagi dirinya sendiri, dia membayangk­an akan memiliki keluarga sendiri selain menjadi hamba Allah yang diredhai.

“Sebelum ini, saya berharap dapat keluar melihat keindahan ciptaan Tuhan di seluruh dunia. Dan saya percaya dengan melihat ciptaan-Nya di negara sendiri sudah cukup kagum, tak dapat saya bayangkan untuk lihat kecantikan di bahagian lain di pelusuk dunia. Itu antara impian saya,” katanya selain berharap Bosnia Herzegovin­a akan terus akrab dalam hubungan sesama etnik tanpa ada perbezaan agama atau apa saja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia