Harian Metro

Tampil sopan, kekal batas syariat

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Fabrik memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian wanita lebih-lebih lagi jika ingin digayakan di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia.

Walaupun ada sesetengah fabrik yang digunakan untuk pakaian wanita menjadi ikutan masa kini, bukan semuanya sesuai dipakai setiap golongan.

Cuba lari daripada kebiasaan dan mengambil kira semua segi, Butik

Fatheen Sani tampil dengan busana buat wanita yang mementingk­an keselesaan dan gaya, tapi masih mengekalka­n batas syariat.

Membawa konsep kasual, pemiliknya, Nur Fatheen Syamimie Mohammad Sani berkata, rekaannya dibuat berdasarka­n keperluan wanita yang mahu tampil sopan, pada masa sama bebas bergerak walaupun dalam cuaca panas.

Katanya terdapat lima warna bagi setiap rekaan seperti selendang dan sut duahelai malah rekaan yang cuba ditampilka­nnya, mempunyai pengaruh besar dalam seni reka dan nafas Islam dengan seleksi warna palet yang tidak terlalu menonjol dan terang, tapi sejuk mata memandang.

“Apabila menyebut mengenai fesyen Muslimah, pasti setiap orang menggambar­kan jubah dan baju kurung. Hakikatnya, wanita boleh bergaya dengan pelbagai fesyen terkini asalkan penampilan itu tidak keterlalua­n.

“Fabrik untuk selendang ialah sifon kristal, ia bukan sifon biasa yang jarang dan fabrik ini mudah digosok. Banyak maklum balas daripada pelanggan saya yang berpuas hati dengan pilihan fabrik ini.

“Untuk fabrik kardigan abaya, kami memilih como crepe yang lembut dan sesuai untuk cuaca di Malaysia. Sifatnya yang tidak panas dan tidak berat membuat kardigan abaya beralun cantik sekali gus menjadi pilihan yang diminati ramai wanita.

Malah sesetengah kaum

Adam terjebak dengan trend kardigan abaya ini,” katanya.

Menurutnya, kardigan abaya ialah koleksi pertama butik yang dikeluarka­n pada 2015 manakala sut dua-helai dan selendang menjengah pasaran sejak tahun lalu sehingga sekarang,

Mengakui pada mulanya sambutan memang tidak semeriah kini, tetapi dengan segala usaha yang dilakukan, jenama itu bukan mendapat tempat di pasaran tempatan saja, malah turut menerima permintaan dari luar negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Katanya, menutup aurat dan bersederha­na adalah ciri yang diberi keutamaan dalam melahirkan rekaan. Ini kerana katanya, dengan trend terkini agak sukar dapatkan pakaian yang menutup aurat sepenuhnya.

Oleh itu, katanya, rekaan kardigan abaya yang dibuat longgar, memang sesuai bagi wanita yang bertudung.

Selain itu, ringkas dan trendy adalah elemen yang sentiasa dititikber­atkan dalam melahirkan rekaan seperti kardigan abaya dan sut dua-helai yang sesuai digayakan semua wanita tidak kira umur, memakai tudung atau tidak boleh menggayaka­nnya.

Beroperasi sepenuhnya secara dalam talian, butik ini menawarkan koleksi mereka dengan harga berpatutan bersesuaia­n dengan kualiti antara RM20 hingga RM149.

Kardigan

Abaya longgar dan suit dua-helai jadi pilihan

ramai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia