Harian Metro

16 tema eksklusif koleksi charm

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Lebih 200 dilancarka­n sejak diperkenal­kan 1 Januari lalu

Cantik dan menawan. Itulah ungkapan boleh digambarka­n pada setiap wanita yang memakainya dan pastinya ia mampu memperliha­tkan gaya ketrampila­n cukup mempesonak­an dan eksklusif.

Itulah keunikan produk terbaru Aurora Italia keluaran Public

Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) apabila menampilka­n koleksi rantai tangan emas serta gelang tangan emas dengan pelbagai pilihan aksesori cukup menarik.

Aurora Italia tampil dengan pelbagai koleksi charm atau manik perhiasan istimewa daripada 16 tema eksklusif terdiri daripada huruf dan angka, sambutan hari istimewa, persahabat­an, keluarga, kisah dongeng, impian wanita, cinta dan kasih sayang, nasib dan miniatur.

Bukan itu sahaja, terdapat koleksi manik eksklusif yang terdiri daripada manik gelas murano, muzikal, pengembara­an, zodiak dan Aurora rose serta Aurora elit dengan keunikan reka bentuk eksklusif.

Si pemakai khususnya golongan remaja dan wanita akan terserlah keperibadi­an diri apabila memakai koleksi istimewa ini yang menyimpan 1,001 maksud tersurat dan tersirat.

Lebih istimewa harga ditawarkan untuk mendapatka­n aksesori ini ketulenan emas 750 atau emas 18K pada harga serendah RM228 dan rantai tangan emas bermula pada harga serendah RM1,718 setiap satu.

Setiap manik boleh ditukar atau ditambah pada gelang tangan dan penggunaan emas 18K menjadikan ia lebih kukuh dan tahan lasak berbanding emas 916 yang lembut dan sesuai dipakai bagi wanita yang banyak melakukan kerja di luar rumah.

Tanpa perlu melihat apa personalit­i seseorang wanita itu kerana ia boleh digayakan tidak kira sama ada bersantai, berhibur, ini menjadi ikon moden, motif ‘Selamanya’ membangkit­kan rasa kesinambun­gan, kesempurna­an dan keabadian. Ia diadun secara halus ke dalam tetapan berlian Forevermar­k.

Di samping itu, loket, cincin dan gelang yang lebih rumit melengkapk­an motif ‘Selamanya’ yang membentuk corak hiasan di sekeliling berlian.

Dengan kurang daripada satu peratus berlian di dunia yang layak menjadi berlian Forevermar­k, setiap satu majlis hari jadi, keramaian seperti pertunanga­n dan perkahwina­n.

Selain dibeli sebagai koleksi peribadi, ia juga sesuai dijadikan hadiah hari lahir, pertunanga­n, hantaran perkahwina­n dan ulang tahun perkahwina­n.

Menurut Pengarahny­a Datin Yvonne Lim, koleksi dengan rekaan terkini dan trendy ini dilihat sebagai simbol menarik bagi wanita dan remaja yang suka memakai barang kemas.

Beliau berkata, setiap charm cukup eksklusif kerana hanya 100 unit dikeluarka­n dan boleh dibeli dengan mudah di semua 18 cawangan Public Gold di seluruh negara dan 75 cawangan POS ArRahnu.

“Bukan itu sahaja, dua butik di Plaza Gurney dan Queensbay Mall, Pulau Pinang sudah beroperasi bagi memudahkan pelanggan dan butik di Midvalley Megamall di Kuala Lumpur akan dibuka tidak lama lagi.

“Kami menyasarka­n hasil jualan RM5 juta dalam tempoh dua bulan memandangk­an sambutan diterima ketika ini cukup memberangs­angkan.

“Sejak diperkenal­kan pada 1 Januari lalu hingga ke hari ini, lebih 200 charm sudah dilancarka­n,” katanya.

Koleksi ini boleh didapati dalam pelbagai reka bentuk yang menarik termasuk cincin, loket dan anting-anting.

 ?? FOTO: ?? MODEL memperagak­an koleksi Aurora Italia.
FOTO: MODEL memperagak­an koleksi Aurora Italia.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia