Harian Metro

Turban segera lebih urban, kemas

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pemakaian turban bukanlah asing di negara ini, ia cukup sinonim dengan Muslimah moden yang mementingk­an keunggulan dalam penampilan.

Jika dulu turban menjadi aksesori fesyen yang sering dikaitkan dengan golongan elit dan bintang perfileman saja, namun kini penggayaan turban mampu menjadi pelengkap penampilan si manis tidak kira sama ada dipakai pada acara santai mahupun ke majlis berprestij.

Jenama Ilham Echenta tampil membawa rekaan eksklusif dengan penekanan lebih kasual dan dapat digayakan semua lapisan umur.

Menurut pengasasny­a Faezah Ahmad Fadzil, idea menghasilk­an turban tercetus apabila melihat trend wanita Timur Tengah dan Eropah yang gemar memakai turban yang kelihatan kemas dan ringkas.

Bagaimanap­un, katanya, turban yang dipakai mereka kebanyakan­nya memerlukan ikatan dan lilitan dari sehelai shawl yang agak rumit.

“Dari situ tercetus idea menghasilk­an turban segera yang kelihatan urban dan kemas, pada masa sama dapat memenuhi cita rasa golongan lebih muda.

“Kami mula mengeluark­an koleksi turban segera pada 2012 yang pada awalnya tercetus hasil daripada minat saya sendiri dalam menggayaka­n turban dan merasakan perlunya berkongsi dengan peminatnya menerusi rekaan lebih mudah dipakai,” katanya.

Echenta berkata, pada awal pengeluara­n lagi sudah ada permintaan dari negara Timur Tengah termasuk dari Qatar, Kuwait dan UAE selain pelanggan negara Eropah seperti Britain serta Afrika Selatan.

Manakala bagi pasaran di rantau ini, jenama itu sudah bertapak di Singapura selama dua tahun dan kini jenama itu cuba menembusi pasaran Indonesia dan Brunei.

Katanya, jenama itu turut merancang supaya rekaan turban atau trend pemakaian turban akan lebih meluas di negara ini, justeru, penting baginya memastikan setiap rekaan adalah minimalis dan sopan agar setiap yang melihatnya akan jatuh cinta.

Rekaan turban jenama itu rata-rata mempunyai antara empat hingga lapan warna bagi setiap koleksi yang dihasilkan dengan warna pilihan lebih kepada rona gelap kerana ia lebih mudah dipadankan dengan busana yang dipakai.

Selain itu, pemilihan warna gelap juga tidak akan kelihatan terlalu menonjol yang bersesuaia­n dengan konsep jenama itu, ringkas dan kemas. Selain itu, warna lembut atau pastel turut ditawarkan bagi mereka yang inginkan gaya dan penampilan yang berbeza dari yang lain.

Pemilihan fabrik pula kebanyakan­nya dari crepe, kapas dan lycra yang dipilih kerana ia lebih mudah dibentuk dan paling penting tidak panas dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

“Ciri penting dalam rekaan kami adalah kebanyakan turban menggunaka­n tali bagi memastikan pemakai turban dapat memakainya dengan selesa mengikut saiz kepala masingmasi­ng.

“Potongan turban kami juga dipastikan dapat dipakai oleh wanita sama ada mereka bersanggul atau tidak," katanya.

Setiap koleksi turban jenama itu boleh didapati pada harga mampu milik antara RM69 hingga

RM119.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia