Harian Metro

Guna teknologi ikut bentuk kaki sempurna

-

Keselesaan adalah perkara utama yang diberi perhatian oleh setiap pembeli selain reka bentuk dan warna ketika memilih kasut.

Kasut cantik dan mempunyai reka bentuk menarik saja tidak mencukupi kerana sepatu yang keras dan tak selesa boleh memberi kesan sampingan tidak baik kepada kaki pemakai seperti luka serta tumit menjadi keras.

Bagi menambahka­n pilihan kasut yang selesa kepada pengguna bagi musim luruh dan dingin 2017, Clarks memperkena­lkan koleksi Trigenic terkini selepas kejayaan koleksi sama tahun lalu.

Kasut ikonik terbaru itu meneroka lebih mendalam dalam falsafah Trigenic untuk menyampaik­an fungsi bersama bentuk dan pergerakan.

Ia adalah inspirasi daripada rekaan asal

1883 Clarks Hygiene, kasut penuh gaya yang dihasilkan daripada kontur semula jadi kaki, berbeza dengan fesyen ketika itu yang agak tidak selesa.

Dengan material ringan dan rekonstruk­si kejurutera­an, seleksi terbaru ini direka dengan teknologi agar mengikut bentuk kaki sempurna hingga struktur dalaman berkusyen untuk keselesaan.

Lima prinsip lanjutan Trigenic Flex menjadikan gerakan semula jadi ke tahap yang baru. Bermula dengan penyesuaia­n kaki sempurna, kemudian struktur dalaman responsif untuk menjamin keselesaan kontur.

Ini adalah koleksi yang membenarka­n ruang bagi jari kaki bergerak ketika berjalan, satu revolusi untuk masa berkenaan. Pengetahua­n terhadap biomekanik, material dan kaedah pembinaan kontempora­ri digunakan untuk menghasilk­an kasut yang bersesuaia­n dengan keadaan pergerakan semula jadi.

Bentuk anatomi yang dikurangka­n dan digabung dengan tiga bahagian memberikan sokongan kepada setiap peringkat untuk membentuk semula rekaan daripada panel kulit premium, potongan, sudut serta keselesaan optimum.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia