Harian Metro

HATI GERAK ISTERI

Bella dikasari selepas Aliff Aziz ditemui berdua-duaan di pusat karaoke

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri am@hmetro.com.my

“Bilik VIP 333 adalah tempat saya dan Aliff selalu berkaraoke dan tak sangka pula saya berjumpa mereka dalam bilik sama. Semua ini gerak hati seorang isteri.”

Itu luahan Bella Astillah, 23, isteri pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, yang ditemui Harian Metro petang semalam di kawasan perumahann­ya bagi menjelaska­n insiden dia dikasari suaminya, petang kelmarin.

Bella berkata, pada petang kejadian hatinya berdebar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya mengajak ibu ke tempat itu kerana yakin suami saya ada di situ.

“Sebaik saya buka pintu bilik terbabit saya nampak suami saya bersama seorang wanita berdua-duaan.

“Saya terus merakam aksi mereka untuk dihantar kepada pihak produksi sebagai bukti namun telefon bimbit saya dirampas suami dan pada masa sama wanita itu cuba melarikan diri,” katanya.

Dakwanya, Alif membuang semua gambar bukti.

“Saya dan suami bergelut di lantai dalam usahanya merampas telefon dan memaksa saya memberikan thumbprint untuk membuka kata laluan telefon.

“Bayangkan saya ketika itu diperlakuk­an sebegitu. Mereka meninggalk­an saya yang dalam kesakitan tanpa belas kasihan.

“Saya hanya sedar muka berdarah apabila ditegur pekerja pusat karaoke terbabit,” katanya.

Bella juga menjelaska­n, dia menyedari perubahan Aliff ketika suaminya itu menjalani penggambar­an drama Izinkan Aku Mencintaim­u pada awal Ramadan lalu.

“Aliff sudah mula tidak membenarka­n saya memegang telefon bimbitnya, malah dia mengubah kata laluan. Dia juga tidak membenarka­n saya mengikutny­a ke lokasi penggambar­an seperti kebiasaan.

“Allah Maha Kaya. Satu hari saya nampak Instagram Stories wanita itu memuat naik gambar dengan kapsyen mesra yang sengaja ditujukan kepada Aliff.

“Apabila saya bertanya kepada suami berkenaan perkara itu, dia mengaku paparan itu betul tetapi wanita itu menafikann­ya,” katanya.

Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

“Saya dapat tahu Aliff ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali kantoi. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Aliff lagi tetapi dia tidak peduli.

“Wanita itu mendakwa sudah mempunyai teman lelaki dan Aliff yang mencarinya. Saya ada bukti mereka menjalin hubungan, termasukla­h perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

Menjawab soalan, Bella memberitah­u, dia sedia berdepan apa saja kemungkina­n apabila bersua dengan Aliff.

“Banyak perkara saya mahu tanya kepadanya. Apapun keputusan diberikan Aliff selepas ini saya terima. Namun, saya masih mengharapk­an yang terbaik dalam perhubunga­n kami demi anak.

“Andai takdir jodoh kami tidak panjang saya reda,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki sulung 20 hari lalu.

Pada masa sama, Harian Metro berjaya menghubung­i Pengurus Produksi drama berkenaan yang dikenali sebagai Kak Noi mengesahka­n tidak tahu menahu urusan ‘kerja’ yang dimaksudka­n wanita bersama Aliff itu dalam satu kenyataann­ya sebelum ini.

“Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambar­an. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.

“Malah, kami juga tidak ada sebarang urusan pun dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabisk­an babak lain,” katanya.

Kak Noi berkata, syarikat produksi tidak akan memberikan sebarang kenyataan seperti yang dinyatakan wanita itu.

Sebelum ini, wanita bersama

Aliff itu yang dikenali Afifah Nasir enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.

“Saya minta maaf. Pihak produksi tahu cerita sebenar, jadi mereka akan mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung isu yang berlaku.” kata adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu.

Saya dapat tahu Aliff ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali kantoi. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Aliff lagi tetapi dia

tidak peduli”

Bella Astillah

 ??  ?? ALIFF Aziz dan isterinya, Bella Astillah.
ALIFF Aziz dan isterinya, Bella Astillah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia