Harian Metro

KES DIRUJUK KEPADA PENDAKWA

Aliff disiasat mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga

- Norhayati Nordin dan Kalidevi Mogan Kumarappa am@hmetro.com.my

Penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang ditahan sejak kelmarin atas dakwaan terbabit dalam kes memukul isterinya, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek diberi jaminan selepas proses siasatan kes selesai.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis. Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutny­a,” katanya semalam.

Aliff disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Penyanyi berusia 26 tahun itu ditahan selepas isterinya, Bella Astillah, 23, membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul Aliff di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Bella bersama ibunya datang mencari Aliff dan menemuinya bersama seorang wanita yang juga pelakon.

Bella yang masih dalam tempoh pantang selepas bersalin 20 hari lalu kemudian dikatakan memarahi suaminya dan merakam beberapa keping gambar suaminya.

Aliff dikatakan mula bertindak kasar dan merampas telefon berkenaan.

Akibat pergelutan itu, Bella mendakwa mengalami luka di muka dan lutut akibat ditolak menggunaka­n tangan dan siku oleh Aliff.

Sementara itu, ibu Aliff, S Hafiza Basharahil meminta semua pihak menghormat­i privasi keluarga mereka.

Hafiza ketika dihubungi berkata, dia dan keluarga belum bersedia memberikan sebarang komen dan kenyataan lanjut.

“Tiada komen daripada saya dan keluarga. Cuma kami mohon doakan yang terbaik,” katanya.

Ditanya sama ada Aliff ada menghubung­inya selepas dibebaskan pagi semalam, Hafiza tidak mempunyai jawapan.

 ??  ??
 ??  ?? EYKA kagumi pencapaian Fazura. KLIP video yang disebarkan secara meluas.
EYKA kagumi pencapaian Fazura. KLIP video yang disebarkan secara meluas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia