Harian Metro

JAGOAN BUKIT MERAH

- Mohd Hafizee Mohd Arop, Azizan Hashim & Nor Raidah Awang sukan@hmetro.com.my

 Pelumba kebangsaan tepati ramalan rangkul

juara kategori Terbuka Lelaki

Bukit Merah

Status Mohd Fauzan Ahmad Lutfi selaku pelumba kebangsaan nyata sukar digugat apabila meraih gelaran juara kategori Terbuka Lelaki Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) semalam.

Fauzan, 31, dari pasukan SBS Giant-PDRM yang sebelum ini mengunggul­i beberapa kejohanan HMMTBGP berjaya menamatkan saingan siri pertama musim ini membabitka­n jarak 48 kilometer dengan catatan satu jam 30 minit 20 saat, sekali gus menyarung jersi kejohanan.

Menyusul di belakang pelumba Izrimibike Muhammad Khuzairi Abdul Bakar yang hanya ketinggala­n satu saat di belakang Fauzan manakala rakan sepasukann­ya Muaz Abd Rahim ketiga dengan catatan 1’33:45s.

Juara, naib juara dan tempat ketiga bagi setiap kategori masing-masing membawa pulang RM1,000, RM700 dan RM500 beserta pingat.

Seramai 1,200 pelumba tempatan dan luar negara bersaing bagi merebut kejuaraan dalam kejohanan yang mempertand­ingkan lima kategori itu.

Sarocha Kamonlakho­n (Thailand Allstar) pula mengunggul­i kategori Terbuka Wanita dengan 1’39:16s, diikuti Masziyaton Mohd Radzi (SBS-Giant) 1’43.25s manakala Nor Azian Alias ketiga 1’46:47s.

Bagi kategori Lelaki Senior Master, bekas atlet triathlon negara Mohd Razani Hussin mengunggul­i kategori itu dengan 1’34:14s meninggalk­an bekas pelumba negara Nor Affendy Rosli (Exitway Mercury Team) 1’36:43s manakala Tan Chee Yong (SBS Giant) ketiga 1’36:53s.

Peserta Thailand sekali lagi mengunggul­i kategori Lelaki Junior Master apabila Surachet Sun Jui (Thailand Allstar) muncul juara dengan 1’33:49s diikuti Zukri Tahir dan Azizul Azli Shaari masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Majlis pelepasan pelumba disempurna­kan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad Nazlee Khalifah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat dan Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri.

Kejohanan

HMMTB kali ini turut mendapat kerjasama Affin

Bank Group,

Honda Malaysia

Sdn Bhd, Polygon, Deuter,

Tesco Stores

(Malaysia) Sdn

Bhd, Julie’s

Biscuits, Isuzu

Malaysia, Pepsico dan Bukit Merah Laketown Resort.

Turut memberikan kerjasama,

Ibu Pejabat

Polis Daerah

(IPD) Kerian,

Bomba dan

Penyelamat

Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELUMBA membonceng marshal selepas mengalami kerosakan basikal.
PELUMBA membonceng marshal selepas mengalami kerosakan basikal.
 ??  ?? PEGAWAI perubatan merawat peserta yang cedera ketika perlumbaan.
PEGAWAI perubatan merawat peserta yang cedera ketika perlumbaan.
 ??  ?? PESERTA menghilang­kan dahaga selepas perlumbaan.
PESERTA menghilang­kan dahaga selepas perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia