Harian Metro

ANAK PARIT BUNTAR CEMERLANG DI JERMAN

Lelaki kelahiran Parit Buntar tempa nama buka restoran di Frankfurt

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Bukan calang bagi anak Melayu untuk mengembang­kan perniagaan di luar Malaysia lebih-lebih lagi di negara maju.

Namun bagi anak kelahiran Parit Buntar, Perak ini, dia berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan apabila membuka sebuah restoran di Frankfurt, Jerman. Dikenali sebagai Pandan–A

Taste of Malaysia restoran ini sekali gus membawa masakan Melayu ke Jerman hingga menjadi antara restoran pilihan ramai dalam kalangan warga negara Eropah itu.

Kini, restoran berkenaan sering menjadi tumpuan masyarakat dari segenap pelosok dunia untuk mencuba resipi masakan Melayu di bumi Eropah ini.

Bukan itu saja, di Frankfurt, amat sukar untuk mencari restoran masakan Melayu sekali gus menjadikan restoranny­a antara yang menjadi tumpuan kerana menyajikan masakan halal Melayu di Eropah.

Pemiliknya, Idris Abd Ghani, 57, atau lebih mesra dengan panggilan Idris Schubert memberitah­u, pada mulanya dia tidak terlintas mahu membuka restoran di Jerman tetapi atas dorongan keluarga, dia membuat keputusan untuk memperkena­lkan masakan Melayu ke bumi Eropah supaya mereka mengenali Malaysia.

“Disebabkan dorongan ahli keluarga, saya mendapat idea untuk membuka sebuah restoran hasil daripada pengalaman yang dipelajari dalam bidang masakan ketika menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM) (kini Universiti Teknologi MARA) Shah Alam 35 tahun lalu.

“Ketika menuntut di Malaysia, saya memperoleh banyak pengalaman dalam bidang masakan hingga mampu melebarkan sayap untuk membuka sebuah restoran masakan Melayu di Jerman,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bekas pelajar Fakulti Pelanconga­n itu berkata, selepas tamat pengajian, dia membawa diri ke luar negara untuk menimba lebih banyak pengalaman di sana.

“Ketika di Frankfurt, saya memasang cita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang Perindustr­ian Elektronik di sebuah kolej di Frankfurt tetapi selepas tamat pengajian, saya tidak mempraktik­kan apa yang dipelajari dalam bidang berkenaan,” katanya.

Anak bongsu daripada 10 beradik itu berkata, dia menetap selama 31 tahun di Jerman menyebabka­n anak-anaknya sering meminta dia memasak masakan Melayu dan perkara itu menyebabka­nnya ingin membuka sebuah restoran di Frankfurt.

“Atas desakan daripada anak, saya membuat keputusan untuk membuka sebuah restoran yang menyajikan masakan Melayu halal kepada seluruh masyarakat di bumi Eropah ini.

“Sebelum membuka restoran, saya sudah membuat pemerhatia­n terlebih dahulu dan saya dapati hanya empat buah restoran Asia saja yang terdapat di Frankfurt,” katanya.

Idris berkata, melihat kepada perkara itu, dia ingin mengambil peluang untuk membuka restoran yang dapat menonjolka­n masakan Malaysia di mata dunia.

“Di restoran, saya menyajikan pelbagai masakan Melayu asli yang bertepatan dengan selera antarabang­sa seperti roti canai, rendang ayam dan daging, nasi lemak, sate ayam, kuih bakar serta air kelapa yang menjadi kegemaran pelanggan,” katanya lagi.

Bukan itu saja, dia juga menyajikan pelbagai kuih-muih tradisiona­l Melayu kerana ingin mempelbaga­ikan menu kepada pelanggan yang mengunjung­i restoranny­a.

“Kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran terdiri daripada warga Jerman yang pernah melancong ke Malaysia.

“Disebabkan itu, mereka sudah mengetahui masakan Melayu di sana dan ingin mencuba resipi masakan Melayu di restoran di negara mereka pula.

“Sebahagian daripada pelanggan mat salih yang mengunjung­i restoran saya amat menggemari bubur istimewa yang dihasilkan iaitu bubur kacang durian yang mana menu ini sangat terhad dan hanya dibuat jika mendapat permintaan daripada pelanggan saja,” katanya.

Katanya lagi, warga Jerman juga gemar memakan sambal belacan dari Malaysia kerana sambal yang disediakan tidak terlalu pedas dan sesuai dengan selera mereka di sana.

“Sebagai pemilik restoran, saya sentiasa memastikan kualiti makanan yang dihidangka­n di restoran setanding dengan restoran kelas pertama di Jerman.

“Setiap kali pelanggan datang ke restoran, saya akan memastikan setiap hidangan yang dihidangka­n menepati cita rasa pelanggan yang mana jika mereka mahukan sesuatu, mereka pasti akan dapat merasainya dan tiada istilah makanan kehabisan stok kerana saya akan memastikan setiap hidangan adalah mencukupi walaupun terpaksa mengimport beberapa bahan dari negara luar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RUANG menjamu selera bahagian luar yang dihiasi dekorasi menarik. PELANGGAN menjamu selera
di Pandan di Frankfurt.
IDRIS di restoran miliknya di Frankfurt.
RUANG menjamu selera bahagian luar yang dihiasi dekorasi menarik. PELANGGAN menjamu selera di Pandan di Frankfurt. IDRIS di restoran miliknya di Frankfurt.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia