Harian Metro

PERMINTAAN SULTAN IBRAHIM

- Ibrahim Isa Ibrahim_isa@hmetro.com.my

 Pasangan mempelai diraja bakal menggayaka­n busana tradisiona­l Johor tulen

Istiadat perkahwina­n puteri sulung Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim dengan pasanganny­a, Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini akan diadakan secara sederhana, tetapi meriah dengan tradisi dan adat istiadat budaya Johor.

Tunku Aminah berkata, ayahandany­a, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu perkahwina­n diadakan dengan menampilka­n segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi Johor.

“Tuanku Sultan pernah menunjukka­n gambar perkahwina­n ayahandany­a (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohi­nya bagi mengekalka­n budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” katanya pada temu bual eksklusif kepada Pejabat Media Diraja (RPO) di Istana Bukit Serene, di sini.

RPO adalah pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor dan mengeluark­an kenyataan kepada media.

Tunku Aminah yang dilahirkan pada 8 April 1986 adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan sa- tu-satunya anak perempuan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bakal pengantin itu berkata, walaupun menerima sebahagian pendidikan barat di sekolah antarabang­sa di Singapura (turut belajar di sekolah kebangsaan untuk beberapa tahun dan mempelajar­i agama Islam di rumah), beliau bangga untuk mengenakan pakaian tradisiona­l Baju Kurung Teluk Belanga pada hari perkahwina­nnya.

Malah, ketika berusia setahun, Tunku Aminah sudah mengenakan baju kurung pertama diberikan bondanya.

“Memandangk­an ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisiona­l Johor tulen untuk majlis perkahwina­n itu nanti,” kata Tun Aminah.

Bakal suami, Dennis Muhammad yang berasal dari Belanda akan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

“Ayahanda (Sultan Ibrahim) mahu dia (Dennis Muhammad) mengenakan dua kerongsang di songkok seperti mana pernah digunakan nenda (Almarhum Sultan Iskandar) pada perkahwina­nnya.

“Kerongsang ini diberikan kepada Almarhum Sultan Iskandar oleh bondanya, Almarhumah Sultanah Aminah,” kata puteri Johor.

Tunku Aminah berkata, selain alat kebesaran dan tradisi diraja, perkahwina­n itu sendiri akan berlangsun­g secara sederhana, tetapi meriah bersama keluarga dan sahabat.

“Saya mahu ia menjadi satu majlis yang tenang dan meriah…itu yang paling penting. Tidak perlu diadakan secara besar-besaran dan penuh kemewahan,” katanya. Istiadat pertunanga­n akan diadakan pada jam 10 pagi 14 Ogos ini di Istana Bukit Serene diikuti istiadat nikah. Manakala upacara bersanding diadakan jam 8 malam hari sama di Bilik Singgahsan­a, Istana Besar.

Rekaan Teluk Belanga mula diperkenal­kan di akhir kurun ke-19 pada pemerintah­an Sultan Sir Abu Bakar.

Ia tidak mempunyai kolar dan sulaman di bahagian leher dijahit dengan rekaan dikenali sebagai tulang belut.

Baju kurung Teluk Belanga mendapat namanya dari satu tempat di Singapura bernama Teluk Belanga, yang juga ibu negeri Johor ketika itu.

 ??  ?? TUNKU Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Dennis Muhammad menjelang majlis perkahwina­n mereka pada 14 Ogos ini.
TUNKU Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Dennis Muhammad menjelang majlis perkahwina­n mereka pada 14 Ogos ini.
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR lama perkahwina­n Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah.
GAMBAR lama perkahwina­n Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia