Harian Metro

Budak terperangk­ap hampir satu jam

-

Seorang budak perempuan (gambar) berusia dua tahun terperangk­ap hampir satu jam di dalam kenderaan milik bapanya di Parit Haji Nasir, Titi Serong, di sini, semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu dipercayai berlaku selepas kanak-kanak berkenaan tertekan kunci pintu di dalam kereta Proton Iriz ketika bapanya mengambil barang di dalam rumah.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar Ahmad Rossyed Isa berkata, kanak-kanak itu masuk kenderaan yang diletakkan di pekarangan rumah dengan pengetahua­n ibu bapanya dan enjin dihidupkan sebelum bapanya meninggalk­annya bersendiri­an bagi mengambil barang di dalam rumah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia