Harian Metro

Dua beradik perempuan rentung

-

Dua beradik perempuan berusia lima dan lapan tahun rentung selepas lori enam tan membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) dinaiki terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam enam meter dan terbakar di Kampung Pampang, Batu 10, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa Marcilla, 5, dan Amanda Fairuz, 8, rentung selepas dipercayai terperangk­ap dalam kenderaan berat berkenaan.

Seorang lelaki yang turut berada dalam kenderaan sama, Asim Taladu, 32, cedera manakala wanita dewasa dikenali sebagai Ikin 20-an melecur 70 peratus di bahagian badannya.

Mereka dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.13 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia