Harian Metro

‘Saya belum capai tahap Fazura’

-

Kuala Lumpur: Pelakon remaja, Eyka Farhana, 22, menganggap perjalanan karier dan pencapaian­nya dalam industri seni masih terlalu jauh berbanding idola pujaannya, Fazura.

Eyka berkata, memang dia menjadikan pelakon jelita dan terkenal itu sebagai idola untuk berjaya dalam kerjaya seni yang diceburi.

“Cuma, kalau nak samakan mutu lakonan saya dengan Fazura memang terlalu jauh kerana dia (Fazura) sudah berada pada tahap terbaik dan dalam liga tersendiri.

“Manakala, saya pula masih baru dan banyak yang perlu dipelajari termasuk kekurangan yang harus diperbaiki dalam mempersemb­ahkan lakonan berkesan,” katanya.

Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata, yang pasti dia sangat kagum dengan pencapaian sudah diraih Fazura.

“Semoga saya juga akan menjadi pelakon yang berjaya seperti Fazura suatu hari nanti.

“Bagaimanap­un perjalanan saya dalam karier seni masih jauh untuk memperoleh kejayaan cemerlang seperti dia,” katanya.

Eyka kini makin dikenali selepas membintang­i drama

Bahagia Kasihmu bersama pelakon Fezrul Khan di TV3.

Tidak cerewet memilih watak, Eyka berkata, dia lebih memberi perhatian untuk karakter yang sesuai dilakonkan.

Eyka ditemui ketika hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat pengurusan bakatnya, MindOrder baru-baru ini.

Eyka juga berkata, dia sangat berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya lakonannya sejak dulu hingga kini.

Semoga saya juga akan menjadi pelakon yang berjaya seperti Fazura suatu hari nanti”

Eyka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia