Harian Metro

‘What are you doing...you ni kenapa?’

-

Kuala Lumpur: Kontrovers­i membabitka­n rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz belum reda susulan penyebaran klip video memperliha­tkan pasangan lelaki dan perempuan berjalan berpimpin tangan dipercayai dalam sebuah pusat hiburan.

Berdasarka­n klip yang dipercayai diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu mengenakan kemeja-T berwarna gelap dengan tulisan putih di bahagian dada serta memakai kaca mata hitam dan bertopi.

Klip berkenaan dikongsi pengguna Facebook menggunaka­n nama Ziman de Fourthysev­en dengan tajuk “Biarlah ak kasih viral yaa sebab live depan mata neyh.”

Menerusi entri yang sama, dia turut memuat naik satu lagi klip pendek yang turut kedengaran suara seorang wanita.

“What are you doing...you ni kenapa?” berdasarka­n suara daripada klip berkenaan.

Entri berkenaan dikongsi lebih 16,000 pengguna Facebook yang lain.

Rata-rata komen pada entri berkenaan mengaitkan dua rakaman itu dengan kes pergaduhan membabitka­n Aliff dan isterinya, Bella Astillah kelmarin yang didakwa berlaku di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia