Harian Metro

Gaduh angkara cerita pihak ketiga

-

Kuala Lumpur: Pelakon Elvina Mohamad, 22, mengakui memang wujud pertengkar­an kecil antara dia bersama pelakon Mawar Rashid, 22, baru-baru ini.

Ia ekoran insiden yang didakwa berlaku kerana salah faham akibat terpengaru­h dengan cerita pihak ketiga.

Elvina atau Norzalina Mohamad berkata, dia dan Mawar sebenarnya tidak pernah bermasalah antara satu sama lain.

“Cuma, saya agak terkejut apabila Mawar datang berjumpa selepas kami terbabit dalam satu sesi fotografi dan bertanya pernahkah saya mengata buruk tentang dia?

“Setahu saya memang tidak pernah lagi saya mengata buruk tentang dia (Mawar) mahu pun pelakon wanita lain yang saya kenal.

“Malah, tidak ada sebab pun untuk saya bercakap buruk mengenai Mawar termasuk peribadi dia kerana kami tidak kenal rapat.

“Hubungan baik di antara kami pun sekadar rakan sesama selebriti yang membina kerjaya dalam bidang lakonan,” katanya.

Terdahulu, Elvina ditemui ketika hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat pengurusan­nya, MindOrder.

Pelakon drama Shhh... I Love You ini bagaimanap­un memberitah­u pertengkar­an kecil itu terjadi kerana dia tertinggi suara.

“Apapun, selepas kami berdua duduk dan menenangka­n diri, barulah isi cerita sebenar diluah dan dibincangk­an.

“Malah, ketika itu juga kami sepakat menghubung­i ‘individu ketiga’ yang menyampaik­an cerita berkenaan untuk mendapatka­n penjelasan sebenar.

“Terus terang, saya bersyukur insiden salah faham tidak berpanjang­an sebaik kami mengambil tindakan tepat dengan menghubung­i ‘individu ketiga’ itu,” katanya.

Bagi Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pula, dia menafikan dan menganggap tiada insiden pertengkar­an yang berlaku kerana dia datang berjumpa Elvina secara baik.

“Saya bertemu Elvina ketika itu secara baik untuk mendapatka­n penjelasan dan kepastian. Jauh sekali dengan niat mahu bertengkar dengannya.

“Apa yang boleh dikatakan, kami berkomunik­asi dengan berkesan dan atas sebab itu terus sepakat menghubung­i ‘individu ketiga’ berkenaan.

“Saya lega semuanya berakhir dengan cepat selepas mendapat penjelasan daripada ‘individu ketiga’ itu.

“Apatah lagi, saya tidak suka bermasam muka termasuk bertengkar perkara tidak benar dengan rakan pelakon lain,” katanya.

Mawar berkata, dia juga menjadi salah seorang rakan selebriti yang mengikuti perkembang­an Elvina menerusi laman sosial Instagram (IG) pelakon itu.

 ??  ?? SYAFIQ amal gaya hidup sihat sejak 2015. ELVINA dan Mawar (gambar bulat) syukur salah faham selesai.
SYAFIQ amal gaya hidup sihat sejak 2015. ELVINA dan Mawar (gambar bulat) syukur salah faham selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia