Harian Metro

Tak ambil barang terlarang

-

Kuala Lumpur: “Saya seorang yang suka bersenam dan bersukan. Malah, saya juga menjaga rutin pemakanan harian.

“Saya kurus dengan mengamalka­n cara hidup sihat dan tidak pernah terbabit dengan pengambila­n barang terlarang,” kata pelakon Syafiq Kyle.

Syafiq, 25, tegas menolak dakwaan tidak berasas berkaitan dia semakin kurus berpunca daripada pengambila­n barang terlarang.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia berjaya menurunkan berat badan kerana gaya hidup sihat yang diamalkan.

“Saya akui memang bertubuh besar sebelum ini kerana memiliki berat badan mencecah 80 kilogram.

“Bagaimanap­un, sejak 2015 hingga kini saya amalkan gaya hidup sihat dengan aktif bersukan dan rajin bersenam.

“Sukan dan bersenam juga memang aktiviti kesukaan saya sejak zaman persekolah­an, diikuti ketika di universiti hinggalah sekarang.

“Aktiviti harian saya memang berjoging termasuk jika ada kelapangan masa dan tidak sibuk dengan kerja, saya bermain futsal bersama rakan.

“Selain itu, saya menjaga rutin pemakanan harian dengan utamakan pengambila­n hidangan yang sihat,” katanya.

Syafiq yang kini memiliki berat badan sekitar 60 kilogram berkata, bagaimanap­un dia tidak mahu ambil pusing dengan dakwaan tidak berasas dilemparka­n itu.

“Biarlah orang nak cakap apa, saya tak kisah pun kerana saya memang tidak pernah terbabit langsung dengan gejala negatif seperti didakwa.

“Mulut orang memang sukar ditutup. Apapun, saya tahu apa yang dilakukan dan saya berada di pihak benar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia