Harian Metro

Caj RM200 tak sampai 30 minit

- Safar@hmetro.com.my

Terma (DIY) atau ‘Lakukan Sendiri’ berkembang dalam kalangan pengguna sejak awal abad ke-20.

Sebenarnya konsep ini tercetus di Itali sejak sebelum kurun Masihi lagi dan mula berkembang di dunia barat selepas itu.

Dikatakan masyarakat ketika itu mengamalka­n konsep berkenaan atas faktor ekonomi, kekurangan produk tertentu, kurangnya kualiti produk sedia ada dan keperluan terhadap konsep mereka peralatan sendiri.

Hari ini, premis perniagaan DIY berkembang di serata dunia dengan ribuan peralatan tersedia untuk pengguna.

Daripada peralatan dapur dan bilik mandi, perkakasan kebun dan pertukanga­n sehingga aksesori dan alat ganti kenderaan, semuanya boleh ditemui di kedai DIY.

Sebenarnya, saya tergerak untuk menulis mengenai isu ini selepas rasa ‘tertipu’ dengan perkhidmat­an tukang paip ketika saya mengupahny­a membaiki kebocoran tangki air di rumah saya, baru-baru ini.

Dia mengenakan caj RM200 untuk kerja yang tidak sampai 30 minit. Bagi saya kos itu mungkin munasabah atas faktor kepakaran di tukang paip tadi.

Malangnya selepas tiga hari kebocoran berlaku lagi menyebabka­n saya menghubung­i semula tukang paip berkenaan.

Bagaimanap­un, dia memberi alasan berada di luar kawasan untuk tempoh yang lama menyebabka­n saya memeriksa sendiri tangki air di atas siling.

Selepas mengesan kebocoran pada tangki berkenaan saya lalu ke kedai DIY dan bertanyaka­n pembantu kedai mengenai perkara itu.

Dia memberikan saya dua tin ‘bitumen’ iaitu sejenis pelekat yang digunakan dalam industri perumahan dan pembinaan jalan.

Dengan harga kurang RM30, masalah saya selesai dan sehingga kini kebocoran itu tidak berlaku lagi.

Ini satu pengajaran buat diri saya dan mungkin juga untuk orang lain. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan sendiri dengan sedikit ilmu.

Cuma, ramai yang enggan mempelajar­i beberapa perkara mudah yang sebenarnya mampu dilakukan sesiapa saja kerana sikap malas dan ambil mudah.

Bayangkan jika kita mampu melakukan beberapa kerja mudah ini sendiri, kita boleh berjimat untuk perkara lain.

Paling penting, lengkapkan diri dengan sedikit pengetahua­n asas sama ada dari segi peralatan di rumah atau kenderaan.

Kita tentu pernah membaca beberapa kisah tular pemilik kereta ditipu pengusaha bengkel yang mengenakan caj ribuan ringgit atas kerosakan kenderaan mereka sedangkan kerosakann­ya tidak sebesar mana.

Ini semua berpunca dari kejahilan kita untuk mengambil tahu serba sedikit mengenai aspek mekanisme dan teknikal kenderaan.

Apabila kereta dihantar ke bengkel, ada pengusaha yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung dengan memberitah­u bahawa kereta kita mengalami kerosakan serius lalu mengenakan caj tidak masuk akal.

Seperti mana kita semua maklum, caj perkhidmat­an penyelengg­araan hari ini sangat tinggi atas alasan masalah yang dihadapi hanya boleh dibetulkan oleh mereka yang pakar saja.

Bagaimanap­un, percayalah itu semua taktik orang berniaga. Seperti kisah kebocoran paip yang berlaku ke atas saya, ia tidak pun memerlukan sentuhan seorang pakar.

Sesiapa saja boleh melakukann­ya asalkan mempunyai sedikit pengetahua­n asas mengenainy­a.

Hidup dalam era serba mahal ini, kita perlu bijak. Cukuplah rasanya menjadi mangsa kepada pihak yang mahu mengambil kesempatan atas kejahilan pihak lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia