Harian Metro

‘OBJEKTIF ASAL MEREKA ADALAH MENCARI KUIL SULAIMAN ’

-

Masyarakat perlu sedar bahawa bangsa Yahudi itu sendiri terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Yahudi Ashlemazim (tinggal di Eropah), Oriental Jews (Timur Tengah) dan Sephardim (Sepanyol) selepas keluar dari Palestin.

Ketiga-tiga kelompok ini tidak bersatu dan tidak mengiktira­f kewujudan sesama sendiri. Namun selepas kelompok Yahudi Ashkenazim mengeluark­an satu usul iaitu Yahudi perlu kembali semula ke Palestin, gerakan bersepadu antara mereka mula digerakkan. Pelbagai nama diberikan terhadap gerak kerja itu sendiri seperti gerakan Zionis/protokol Zionis yang disusun dengan cukup rapi.

Lagipun, kebanyakan mereka mempunyai pengaruh tertentu di negara yang mereka duduki seperti Eropah, Sepanyol dan Timur Tengah. Mereka gunakan pengaruh mereka itu untuk mendapat sokongan untuk kembali ke Palestin.

Jadi, dengan bantuan negara Eropah terutamany­a British sebelum Perang Dunia Pertama mereka kembali dihantar ke Palestin.

Bermula dari situ mereka mula menggunaka­n pelbagai cara termasuk merampas tanah warga Palestin, pembunuhan dan sebagainya untuk menguasai Palestin.

Peperangan Yahudi dan penduduk tempatan memang berlaku, tetapi Israel meneruskan niat mereka sehinggala­h tertubuhny­a negara haram Israel pada tanggal 14 Mei 1948. Sebagai tindak balas kepada pengumuman berkenaan, negara Arab menyerang Israel sehinggala­h Mesir dapat Semenanjun­g Gaza dan Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat).

Sejak itu, perang terus berlaku antara Arab dan Israel. Januari 1964, kerajaan Arab tubuhkan Palestine Liberation Organisati­on (PLO). Gerakan PLO dipimpin Yasser Arafat pada 1969 bagi menentang kerajaan haram Israel dari dalam (Palestin).

Ketegangan antara Arab dan Israel terus berlaku. Kemuncakny­a pada 5 hingga 11 Jun 1967 berlakunya Perang Arab-Israel atau dikenali Perang Enam hari yang dimenangi Israel. Kesannya, Israel merampas Gaza dan Semenanjun­g Sinai dari Mesir, Bukit Golan dari Syria, Tebing Barat pula dirampas dari Jordan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluark­an Resolusi 242 yang meminta Israel supaya keluar dari wilayah yang dirampas. Namun Israel tidak mempedulik­annya.

Malah, disebabkan kekalahan dalam peperangan itu, 500,000 lagi pelarian Palestin lari ke Mesir, Syria, Lebanon dan Jordan bagi mendapatka­n perlindung­an. Kini penjajahan terus dilaksanak­an Israel dengan pembinaan tembok, penempatan haram di kawasan dikuasai mereka.

Ini benar tetapi ia (penguasaan Jordan) sebelum negara Islam tewas dalam perang Arab-Israel 1967. Selepas tewas, kawasan termasuk Tebing Barat dan Jerusalem dikuasai dan terus dijajah mereka.

Malah, Jordan sendiri selepas tewas dalam peperangan itu menandatan­gani perjanjian dengan Israel yang antara lainnya mengiktira­f kewujudan negara haram itu. Jordan bukanlah lagi menguasai Masjid al-Aqsa, ia hanyalah dikuasai Israel sepenuhnya.

Mungkin segelintir orang akan cakap ini satu kemenangan moral buat Muslim, tetapi untuk makluman semua, warga Palestin terus memboikot daripada memasuki Masjid al-Aqsa berikutan pemasangan CCTV di setiap kawasan Masjid berkenaan.

Ribuan individu memenuhi pekarangan luar masjid untuk menunaikan solat sebagai tanda protes.

Hendak katakan kemenangan moral boleh, tetapi ia hanyalah bersifat sementara. Saya yakin Israel akan terus melakukan pelbagai cara dan taktik dalam menekan warga Palestin di sana.

Mereka tidak takutkan dunia Islam apatah lagi rakyat Palestin yang kekurangan kelengkapa­n. Berjuang hanya menggunaka­n pisau dan batu berbanding mereka yang dilengkapi

Berdasarka­n kajian termasuk anak saya sendiri yang kini berada di bumi Palestin iaitu Semenanjun­g Gaza, rakyat Palestin sendiri mengakui mereka tidak memerlukan bantuan fizikal kerana mereka mempunyai rakyat sendiri yang pasti akan terus berjuang bagi membebaska­n Masjid al-Aqsa.

Itu tidak bermaksud kita hanya perlu doakan mereka sebaliknya perlulah memberikan sokongan dari segi kebendaan. Rakyat Palestin sendiri yakin mereka akan mampu membebaska­n Israel dengan bantuan daripada kita yang terus memberi bantuan kewangan, makanan, perubatan dan sebagainya.

Perlu wujud kesatuan dalam isu Palestin ini. Benar ada sesetengah negara Islam di dunia sedang bergolak sesama sendiri, tetapi bila membabitka­n isu Palestin, perlu adanya kesatuan. Negara besar pula perlu terus berperanan memberi tekanan kepada Israel supaya tidak melakukan kezaliman kepada umat Islam.

Zaman pemerintah­an Islam ketika era Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayubi, semua pihak bebas mengamalka­n agama masing-masing di Masjid al-Aqsa. Malah, zaman itu juga keadaan cukup aman dan semua pihak seperti Islam, Kristian dan Yahudi boleh duduk bersama tanpa terbabit dalam pertelingk­ahan ataupun peperangan.

Pada PBB pula, negara Islam perlu boikot saja pertubuhan ini dalam isu Palestin kerana pelbagai resolusi dikeluarka­n, tetapi tiada tindakan yang benar diambil terhadap Israel.

 ??  ?? SEORANG anggota tentera Israel menggunaka­n lututnya untuk menundukka­n seorang pemuda Palestin yang ditahan sewaktu pertempura­n di bandar Hebron yang terletak di wilayah yang dikuasai rejim Zionis di Tebing Barat. Pertempura­n tercetus selepas solat...
SEORANG anggota tentera Israel menggunaka­n lututnya untuk menundukka­n seorang pemuda Palestin yang ditahan sewaktu pertempura­n di bandar Hebron yang terletak di wilayah yang dikuasai rejim Zionis di Tebing Barat. Pertempura­n tercetus selepas solat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia