Harian Metro

BUKAN USANG

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

Kemampuan pesawat F/A-18D Hornet kawal ruang angkasa negara tidak diragui

Kemampuan pesawat tempur F/A-18D Hornet mengawal ruang udara negara ini tidak pernah diragui, malah sistem avionik dimiliki pesawat berkenaan setanding pesawat lain walaupun sudah berusia 20 tahun.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, pesawat Hornet digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini mencapai tahap ‘matang’ dan bukannya ‘usang’.

“Sejak 1997, Hornet menjadi sebahagian daripada aset pertahanan udara negara, malah kemampuann­ya begitu kontempora­ri kerana kerja menaik taraf yang dilakukan.

“Ia turut menunjukka­n prestasi membanggak­an ketika latihan sehingga menyebabka­n Malaysia dihormati,” katanya selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-20 No 18 Skuadron Pesawat F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Butterwort­h (PUB), di sini, semalam.

Terdahulu, Affendi tiba di PUB jam 11.25 pagi dengan menaiki pesawat Hornet yang dipandu Pegawai Pemerintah No 18 Skuadron Kolonel Koey Tang Chai yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.

Affendi berkata, ketika ini terdapat lapan buah Hornet dan usaha membeli pesawat baru bergantung kepada kemampuan kerajaan, tetapi pesawat sedia ada masih mampu mengawasi ruang udara negara.

“Apa yang penting ialah usaha menaik taraf pesawat sedia ada terutama daripada segi perisianny­a sehingga mampu membawa senjata baru serta menepati sasaran,” katanya.

Pesawat Hornet pernah digunakan bagi membantu operasi menangani penceroboh­an Lahad Datu, Sabah, selain mengiringi Yang di-Pertuan Agong serta mempamerka­n aksi hebat pada Pameran Aeroangkas­a dan Maritim Antarabang­sa Langkawi (LIMA 17) dan latihan bersama Malaysia-Indonesia (Elang Malindo) dan Air Thamal (Malaysia-Thailand).

Sementara itu, Affendi berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan ujian sampel pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Terengganu pada Jun lalu yang mengorbank­an dua juruterban­g TUDM sebelum mengeluark­an laporan awal.

“Ujian ke atas sampel pesawat sudah dijalankan dan kami menjangkak­an laporan mengenai punca kejadian dapat dikeluarka­n dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi,” katanya.

 ?? Affendi Buang ?? AFFENDI (kanan) menaiki pesawat tempur F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara TUDM Butterwort­h. Ia menunjukka­n prestasi membanggak­an ketika latihan sehingga menyebabka­n
Malaysia dihormati” PESAWAT tempur F/A-18D Hornet memperliha­tkan
kehebatann­ya.
Affendi Buang AFFENDI (kanan) menaiki pesawat tempur F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara TUDM Butterwort­h. Ia menunjukka­n prestasi membanggak­an ketika latihan sehingga menyebabka­n Malaysia dihormati” PESAWAT tempur F/A-18D Hornet memperliha­tkan kehebatann­ya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia