Harian Metro

Untung bersih RM50,000 sehari

-

Kuala Lumpur: Mampu peroleh untung bersih sehingga RM50,000 sehari antara faktor sindiket judi dalam talian terus bercambah di ibu kota walaupun pernah diambil tindakan tegas.

Perkara itu diakui Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Operasi Haram (Op BAH) Azman Mahmood yang mendapati jumlah pusat judi kian bertambah dari semasa ke semasa.

Menurutnya, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n menganggar­kan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian dalam talian yang aktif beroperasi di sekitar ibu negara.

“Statistik itu diperoleh berdasarka­n maklumat dan risikan dijalankan ke atas premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfield­s.

“Jumlah pusat judi ini kian meningkat dari semasa ke semasa dan berdasarka­n rekod bancian tahun lalu, kita mengesan hanya 615 premis judi yang beroperasi.

“Kita percaya perkembang­an ini adalah kesinambun­gan daripada kelemahan dari segi integriti dan amanah dikalangan pasukan penguatkua­sa menyebabka­n kewujudan premis perjudian sukar dihapuskan,” katanya.

Menurutnya, sindiket perjudian sanggup membayar sogokan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada mana-mana pasukan penguat kuasa bagi mengelakka­n diambil tindakan.

“Jumlah itu untuk satu premis mereka, bayangkan kalau ada 3,000 premis di ibu negara. Selain itu, hukuman denda sebanyak RM2,000 bagi kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka juga perlu diperhalus­i dan dikaji semula kerana nilai berkenaan tidak memberi pengajaran kepada sindiket perjudian.

“Pada masa ini kami masih dalam proses penambahba­ikan akta berkenaan untuk membuat pindaan segera,” katanya.

Menurutnya, pengusaha premis judi juga sering menggunaka­n pelbagai kaedah menarik untuk memastikan premis mereka dikunjungi pelanggan.

“Selain menyediaka­n makan dan minum secara percuma, mereka juga memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan pihak berkuasa.

“Dalam serbuan sebelum ini di Sri Petaling, pelanggan yang kalah wang pertaruhan mencecah RM1,000 juga diberikan tawaran menarik iaitu disediakan perkhidmat­an seks,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia