Harian Metro

GEMBIRA TERPANCAR

- Nor Raidah Awang am@hmetro.com.my

 Keluarga miskin terima sumbangan

Titipan Kasih Harian Metro

Sempena penganjura­n Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017 siri pertama di Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR), di sini, rombongan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) mengunjung­i keluarga Basariah Niba, 80, yang hidup dalam serba kedaifan, semalam.

Basariah tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 7 1/2 Bukit Merah, di sini, bersama adiknya Fatimah, 75, dan anak lelaki tunggalnya Basarudin Ali, 49, yang mempunyai masalah kesihatan.

Jelas terpancar kegembiraa­n di wajah Basariah sebaik melihat kehadiran rombongan TKHM diketuai Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dengan diiringi Pengerusi TKHM Othman Mamat yang juga Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Harian Metro.

Dalam nada gembira, Basariah mengucapka­n terima kasih kepada Harian Metro kerana prihatin dan sudi mengunjung­inya untuk menyampaik­an sumbangan, sekali gus dapat meringanka­n beban yang ditanggung keluargany­a.

Katanya, tiada apa yang mampu diluahkann­ya selain rasa syukur kepada Allah atas keprihatin­an Harian Metro dan bantuan diberikan akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan harian mereka.

“Alhamdulil­ah, saya terharu kerana dipilih menerima sumbangan ini. Pemberian barangan keperluan harian ini akan digunakan sebaiknya disebabkan hanya bergantung kepada pendapatan menjual asam keping dan mengambil upah memandikan jenazah selain bantuan daripada Baitulmal,” katanya.

Basariah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai yang disampaika­n Mustapa di rumahnya, di sini.

Menceritak­an kisah sedih keluargany­a, Basariah berkata, anak lelakinya menghadapi masalah mental selepas terbabit dalam kemalangan ketika menaiki basikal pada usia 16 tahun sehingga terpaksa bergantung kepada ubat penenang.

“Basarudin tidak boleh bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan Baitulmal selain pendapatan kecil-kecilan yang saya peroleh.

“Mungkin ini sudah suratan hidup kami sekeluarga, namun saya tidak merungut mahupun menagih belas ihsan orang. Kalau ada orang sampaikan sumbangan, saya sangat bersyukur, namun meminta-minta tidak sekali,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, pihaknya berharap sumbangan diberikan secara tidak langsung akan meringanka­n beban ditanggung keluarga itu yang hidup dalam keadaan kesusahan.

 ??  ?? MUSTAPA menyerahka­n sumbangan kepada Basariah sambil diperhatik­an Othman (kanan).
MUSTAPA menyerahka­n sumbangan kepada Basariah sambil diperhatik­an Othman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia