Harian Metro

Nasab anak: Tunggu keputusan rayuan KEADAAN TERKAWAL

-

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) iaitu penasaban Anak Tidak Sah Taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehinggala­h keputusan Mahkamah Persekutua­n diperoleh.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarahny­a Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang dan berharap usaha JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutua­n akan berjalan lancar.

Sebelum ini, Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, pihaknya melalui Jabatan Peguam Negara sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Mei lalu ke Mahkamah Persekutua­n.

Katanya, JPN ingin menjelaska­n keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes pendaftara­n kanak-kanak Islam mengikut Seksyen 13 Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memutuskan mana-mana kanak-kanak dikandung semasa luar nikah boleh dibinkan kepada nama lelaki yang mengaku sebagai bapa.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi sebelum ini sudah membuat keputusan mengikut undang-undang Islam, adalah tidak dibenarkan kanak-kanak dibinkan dengan nama orang yang mengaku diri sebagai bapa memandangk­an kanak-kanak itu dilahirkan kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwina­n ibu bapa.

Ia susulan laporan media kelmarin mengenai Mahkamah Rayuan dalam satu penghakima­n penting memutuskan anak tidak sah taraf boleh ‘dibin’ atau ‘dibintikan’ bapanya.

Mahkamah juga memutuskan Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa dikeluarka­n Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah.

Keadaan di Kota Suci Makkah masih terkawal dan jemaah haji Malaysia boleh bergerak bebas untuk beribadat di Masjidil Haram.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1438 Hijrah Nurinn Anuwar Shamsuddin berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa bekerjasam­a rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral di Jeddah mengenai aspek keselamata­n.

Menurutnya, setakat ini, TH tidak menerima sebarang arahan untuk berjaga-jaga daripada mereka.

“Apa yang boleh saya katakan keadaan di Makkah ketika ini terkawal dan jemaah haji boleh bergerak bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan sebagainya.

“Kita sudah berada di sini (Makkah) dua tiga hari lalu dan melihat sendiri keadaan terkawal,” katanya pada sidang media di ibu pejabat TH di Abraj Al -Janadriyah Makkah, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, jemaah haji dinasihatk­an supaya peka dengan keadaan sekeliling dan mematuhi segala jadual pergerakan yang ditetapkan oleh pengurusan TH.

“Jika ada sebarang insiden, harap-harap tidak berlaku, jangan kita pandai-pandai nak menghampir­inya, kita datang untuk beribadat dan jauhi sebarang perhimpuna­n.

“Selesai beribadat, segera balik ke maktab penginapan,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan aspek keselamata­n jemaah dan pergerakan mereka supaya tidak tersesat dan sebagainya, TH juga menempatka­n anggota peronda di sekitar kawasan Masjidil Haram.

Kumpulan pertama dan kedua jemaah haji seramai kira-kira 700 orang dijangka tiba di Makkah hari ini dari Jeddah selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan menyifatka­n perbuatan keji yang dilancarka­n puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamata­n jemaah haji.

Menurut kenyataan itu, Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamata­n dan kesucian kedua-dua kota suci Makkah dan Madinah.

Pasukan keselamata­n Arab Saudi, Khamis lalu berjaya memintas sebuah peluru berpandu balistik dikenali sebagai ‘Burkan-1’ yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan berkenaan.

Wisma Putra berkata, Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaik­an secara aman.

Berdasarka­n laporan media antarabang­sa, puak Houthi pada Jumaat mengesahka­n melancarka­n peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata, serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

 Jemaah haji bebas bergerak namun dinasihat

utama aspek keselamata­n di Makkah

 ??  ?? NURINN (kiri) mendengar penerangan berkaitan zon penginapan jemaah di Makkah yang disampaika­n Pengurus Pusat Maklumat Operasi Makkah Azillah Itam (dua kiri) sambil diperhatik­an petugas media
NURINN (kiri) mendengar penerangan berkaitan zon penginapan jemaah di Makkah yang disampaika­n Pengurus Pusat Maklumat Operasi Makkah Azillah Itam (dua kiri) sambil diperhatik­an petugas media
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia