Harian Metro

UNTUKMU NENEK...

-

 Dua cucu bersyukur dapat iringi warga emas 80 tahun ke Tanah Suci

mengharung­i ibadat ini dengan sebaiknya,” katanya.

Bagi Halimah, dia berterima kasih kepada lapan anak yang banyak membantu mencukupka­n tabungan simpanan Tabung Haji lantaran dirinya hanya bekerja kampung di Bachok, Kelantan.

“Saya menunggu 12 tahun untuk menunaikan haji dan alhamdulil­lah rezeki menjadi tetamu Allah digunakan sebaiknya di hujung usia ini.

“Terima kasih kepada lapan anak, 40 cucu dan 30 cicit yang banyak menjaga saya selama ini,” katanya yang kematian suami.

Pengalaman sama turut dikongsi seorang cucu, Muhammad Harizi Mohamed Ali, 36, yang dipilih mengiringi datuknya Mohd Patrol Hassan yang berusia 76 tahun.

“Saya cucu sulung dan hasil kesepakata­n bersama keluarga, mereka meminta saya menemani datuk untuk mengerjaka­n haji berikutan dua bapa saudara lagi tidak dapat berbuat demikian.

“Ini rezeki saya untuk berbakti kepada orang tua selain melakukan ibadat ini sebaik mungkin, jika ada rezeki lagi saya ingin ke tanah suci pula bersama isteri,” katanya yang bekerja sendiri.

Bagi Mohd Patrol, pendapatan menjual nanas dijadikan simpanan untuk ke tanah suci.

“Saya simpan duit sendiri menerusi hasil jualan nanas yang ditanam sendiri, Alhamdulil­lah tabungan mencukupi dan saya akhirnya dipanggil selepas 10 tahun menunggu,” katanya yang kematian isteri akibat kanser pada 2005.

 ??  ?? HALIMAH (duduk, kanan) bersama ahli keluarga di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, semalam.
HALIMAH (duduk, kanan) bersama ahli keluarga di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia