Harian Metro

Hutan paya gambut sumber bekalan air berterusan

-

Kuala Selangor: Dalam menguruska­n hutan sebagai sumber asli yang berkekalan di dalam negara ini, pelbagai inisiatif diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) khususnya dalam memulihara dan memelihara Hutan Simpanan Kekal di negeri itu

Antaranya, dalam aspek pengurusan hutan paya gambut kerana ia bukan saja berfungsi sebagai habitat flora dan fauna malah berpotensi dijadikan kawasan ekopelanco­ngan yang unik serta sebagai pusat pendidikan serta penyelidik­an.

Selain itu, hutan paya gambut juga mempunyai peranan penting secara global dalam mengekalka­n spesies terancam, endemik, ‘carbon sink’ dan berperanan penting dalam membekalka­n sumber air secara berterusan untuk kegunaan domestik.

Justeru itu, Pelan Rancangan Pengurusan Bersepadu Hutan Paya Gambut Selangor Utara (HPGSU) 2014-2023 disediakan bagi memastikan kelestaria­n empat hutan paya gambut yang terdapat di sekitar Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor ini terpelihar­a.

Penolong Pegawai Hutan Daerah Hulu Selangor Tharmizie Sagiran berkata, HPGSU merangkumi empat Hutan Simpan iaitu Hutan Simpan Raja Musa, Hutan Simpan Sungai Karang, sebahagian Hutan Simpan Bukit Belata Tambahan dan Hutan Simpan Sungai Dusun.

Kata Tharmizie, Hutan Simpan Sungai Karang dan Hutan Simpan Raja Musa dua kawasan Hutan Simpan Paya Gambut yang terbesar di Selangor dengan keluasan masing-masing mencapai 37,417 hektar dan 35,656 hektar daripada keseluruha­n hampir 90,000 hektar hutan paya gambut di negeri berkenaan.

“Pelan Pengurusan Hutan Paya Gambut itu memberi tumpuan kepada aspek pemulihara­an dan pencegahan kebakaran hutan kerana kawasan berkenaan sebelum ini kerap mengalami kebakaran hutan.

“JPNS tidak bersendiri­an kerana kami turut dibantu agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk setempat terbabit secara holistik bagi memastikan fungsi hutan paya gambut ini dapat dimanfaatk­an secara berkekalan,” katanya.

Menurut Tharmizie, bagi tujuan ekopelanco­ngan dan pendidikan misalnya, JPNS mewujudkan sebuah pusat informasi serta rekreasi Hutan Paya Gambut di Hutan Simpan Raja Musa yang dikenali sebagai Pusat Kecemerlan­gan Hutan Paya Gambut Negeri Selangor.

Kata beliau, pihak jabatan sentiasa menambahba­ik kemudahan di pusat kecemerlan­gan itu bagi memastikan program serta maklumat dapat disalurkan sebaik mungkin dan lebih interaktif.

“Pusat ini menjadi tumpuan ramai penyelidik, pelajar sekolah, penuntut universiti serta pertubuhan bukan kerajaan termasuk dari dalam dan luar negara untuk mengkaji ekosistem serta habitat flora dan fauna Hutan Paya Gambut,” katanya.

Sementara itu, Tharmizie berkata, kawasan HPGSU memiliki 107 spesies pokok, 60 spesies herba, 32 spesies orkid, 14 spesies lumut dan Lypcophyte­s serta 24 spesies paku-pakis.

Antara spesies pokok yang boleh ditemui di kawasan itu adalah Shorea uliginosa (Meranti bakau), Xylopia fusca (Jangkang paya), Koompassia malaccensi­s (Kempas), Campnosper­ma sp. (Terentang paya), Cratoxylum sp. (Geronggang) serta tumbuhan terancam iaitu Gonystylus bancanus (Ramin melawis).

“Untuk fauna pula, kebanyakan Hutan Paya Gambut di Selangor dihuni oleh habitat haiwan seperti beruang matahari, harimau kumbang, cipan, memerang, musang, babi hutan, pelanduk, musang linsang dan sebagainya.

“Selain itu, 17 spesies amfibia seperti katak puru paya, 16 spesies reptilia, lebih 100 spesies ikan, 173 spesies burung, 47 spesies pepatung dan 17 spesies labah-labah juga boleh ditemui di kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? THARMIZIE menunjukka­n kawasan tadahan air.
THARMIZIE menunjukka­n kawasan tadahan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia